Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP?

Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP?
link : Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP?

Baca juga


Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP?



Pada zaman dahulu kala, ada seorang pemimpin yang bermadah daripada bahasa asing yang menjadi kebanggaannya menyebut, “adalah lebih baik bersama syaitan yang dikenali daripada bersama malaikat yang tidak dikenali”.

Kenyataan yang mengejutkan seseorang yang beriman, kerana kita disuruh beriman kepada malaikat makhluk yang baik dan mulia walaupun kita tidak pernah melihatnya dengan mata. Adapun syaitan itu telah ditetapkan sifat wajibnya, jahat dan menipu walaupun dia berupa manusia yang segak dan menarik.

Allah yang wajib bersifat Maha Benar dan Rahmat menyuruh kita beriman kepada adanya makhluk malaikat yang berada di alam ghaib, yang sangat suci peribadinya. Allah berfirman:
  • “Para Malaikat itu tidak sekali-kali durhakakan Allah terhadap apa-apa sahaja yang diperintah kepada mereka supaya melakukannya dan mereka mesti melakukan apa sahaja yang diperintah (Allah) kepada mereka supaya dilaksanakan” (Surah At-Tahrim: 6)
Sebaliknya syaitan pula, Allah menyuruh hamba-Nya supaya memohon perlindungan Allah daripada kejahatannya dalam surah yang terakhir daripada Kitab Suci Al-Quran dan setiap kali memulakan bacaan Al-Quran.

Ia menunjukkan betapa bahayanya syaitan itu dalam kehidupan manusia, sehingga orang membaca al-Quran boleh ditipunya, termasuk yang bersembahyang, apatah lagi yang buta Al-Quran atau kurang sembahyangnya dan lebih lagi kalau tidak sembahyang, kerana terus boleh dikerah bila-bila masa dan di mana sahaja menjadi khadam atau ejennya.

Mungkin yang mengenali syaitan itu sudah bersahabat dengannya. Oleh kerana tidak pernah melihat malaikat, maka dirasakan syaitanlah yang lebih berjasa dan berbudi, atau dia juga berperangai menipu dan berputar belit seperti syaitan.

Adapun orang yang beriman sudah cukup percaya dengan pesanan Al-Quran dan nasihat Rasulullah S.A.W. Kalau dia pernah ditipu atau disesatkan oleh syaitan, maka dengan segera insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Akibat percaya syaitan

Satu kisah menarik dalam kitab tasawuf menceritakan pada zaman dahulu bagaimana seorang lebai yang kuat beragama ditipu oleh syaitan walaupun sembahyangnya tidak ditinggalkan.

Apabila diketahuinya penduduk sebuah kampung memuja pokok yang disangka penunggu daripada syaitan yang berbudi kepada mereka sehingga menjadikan hasil pertaniannya subur, maka pokok itu menjadi tempat pemujaan. Maka si lebai yang kuat bersemangat agama itu mahu mencegah kemungkaran syirik memuja syaitan membawa kapak dengan niat ikhlas kerana Allah, bersemangat menebang pokok yang dipuja.

Apabila tiba di tempatnya muncullah syaitan yang disangka menjadi penunggu itu menghalangnya. Maka bergelutlah dia dengan syaitan itu, kerana tujuannya kerana Allah, syaitan dapat dikalahkannya. Tiba-tiba syaitan yang pandai menipu itu merayu supaya dia dibebaskan dengan tawaran yang menarik, menjanjikan kepada pak lebai bahawa dia akan meletakkan duit di bawah tikar sembahyangnya setiap pagi.

Dengan tawaran duit ini, maka pak lebai sedia membebaskan syaitan yang sudah dikenali dengan janjinya yang menarik itu. Arakian kisah cerita berikutnya, pak lebai mendapati memang ada duit yang dijanjikan di bawah tikar sembahyangnya, maka terikat kasih kepada syaitan yang dikenali kerana duit itu.

Alkisah setelah beberapa hari tiba-tiba duit tidak ada lagi. Maka marahlah pak lebai kerana syaitan sudah menipunya dan mungkir janji. Terus dipikul kapaknya dengan penuh semangat berhasrat untuk menebang pokok kerana marahnya kepada syaitan yang memungkiri janji tidak ada lagi duit yang diberikan, bukan lagi kerana mencegah kemungkaran yang akan dicatat oleh malaikat yang tidak dilihatnya akan amal pahala menentang syaitan itu.

Apabila dia sampai, syaitan terus menghalang dan berlaku pergelutan yang sengit, tiba-tiba kali ini syaitan yang menang dan pak lebai menyerah kalah.
Demikianlah akibat percaya kepada syaitan yang dapat dilihat dan tidak percaya kepada malaikat yang tidak dapat dilihat.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lebai itu kalah dalam pertarungan dengan syaitan itu, apabila matlamat perjuangannya sudah bertukar kepada tujuan lain, selain kerana Allah SWT.

Itukah lebai DAP, sebuah parti yang anti Islam? Oleh itu, orang Islam wajib undi PAS dalam PRU14 ini. 




Sobat baru saja selesai membaca :

Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kisah Pak Lebai Ditipu Syaitan. Lebai DAP? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/01/kisah-pak-lebai-ditipu-syaitan-lebai-dap.html

Subscribe to receive free email updates: