Judul : Berebut Kerusi, Amanah Johor Boikot Konvensyen PH..
link : Berebut Kerusi, Amanah Johor Boikot Konvensyen PH..
Berebut Kerusi, Amanah Johor Boikot Konvensyen PH..
SHAH ALAM: Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) akan cuba mendapatkan lebih banyak kerusi Dewan Undangen Negeri (DUN) Johor untuk diberikan kepada pimpinan parti negeri selepas kegagalan mereka mendapatkan bilangan kerusi parlimen yang diingini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Amanah Johor membuat keputusan untuk memboikot Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Idea (IDCC)l, berikutan ketidakpuashatian mengenai pengagihan kerusi di kalangan Pakatan Harapan Johor.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, memang risiko perkara seperti rasa tidak puas hati akan timbul, namun tegasnya, masih ada ruang perbincangan.
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, mereka hanya mendapat dua daripada lima kerusi parlimen yang diminta, iaitu Parit Sulong dan Pulai.
"Jadi kami rasa tak perlu datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang,” katanya dalam laporan itu.
Mengulas pendirian Amanah Johor itu, Salahuddin berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menghargai pandangan dan tindakan mereka, namun beliau bertegas semua pihak harus memikirkan perkara yang lebih besar dan menuju ke hadapan.
“Saya tidak rasa ia melanggar konsensus Pakatan Harapan...dan perkara sebegini memang biasa terjadi,” katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, beliau akan berjumpa dengan pengerusi parti iaitu Mohamad Sabu sewaktu perjumpaan Amanah peringkat Wilayah Persekutuan bagi berbincang mengenai isu di Johor.
Di samping itu, kata Anuar, pihaknya juga akan turun ke Johor untuk berjumpa dengan pimpinan parti negeri untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian parti Amanah, kononnya selepas terlepas dari mulut harimau, tiba-tiba berdepan pula dengan mulut buaya..
Lihat sebelum ini..
Sobat baru saja selesai membaca :
Berebut Kerusi, Amanah Johor Boikot Konvensyen PH..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Berebut Kerusi, Amanah Johor Boikot Konvensyen PH.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Berebut Kerusi, Amanah Johor Boikot Konvensyen PH.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/01/berebut-kerusi-amanah-johor-boikot.html