Judul : Bayar RM150 Pakej Urut &Seks Hidangi Pelanggan, Diserbu.
link : Bayar RM150 Pakej Urut &Seks Hidangi Pelanggan, Diserbu.
Bayar RM150 Pakej Urut &Seks Hidangi Pelanggan, Diserbu.

PETALING JAYA: Enam wanita Vietnam yang dipercayai terbabit kegiatan pelacuran tetapi berselindung di sebalik perniagaan urutan refleksologi, ditahan dalam Ops Noda di sebuah premis perniagaan di sini.
Ketika serbuan kira-kira jam 10.45 malam tadi oleh Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu, semua wanita berusia lingkungan 25 hingga 39 tahun itu sedang menunggu pelanggan di ruang tamu.
Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis turut ditahan.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman, berkata pemeriksaan mendapati ada di antara wanita Vietnam terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.
"Sebahagian mereka pula didapati melanggar syarat permit yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen, iaitu kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Semua wanita serta penjaga terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan iaitu terbabit kegiatan pelacuran," katanya yang turut memberitahu sejumlah kondom serta wang tunai RM132 turut dirampas.
Difahamkan, sindiket pelacuran terbabit mengenakan bayaran kira-kira RM150 untuk pakej urutan serta hubungan seks kepada pelanggannya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu dibuat kajian mengapa masih banyak kegiatan pelacuran tetapi berselindung di sebalik perniagaan urutan refleksologi masih berleluasa di negara ini? Di mana salahnya yang perlu diatasi?
- Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden P...
- Peranan Parti &Diri Dalam Politik Islam -Suntingan...
- PRU 14, Bagaimana Sumbang Bagi Menangkan Islam? K.
- Ahzab, Persiap Kemampuan Sepanjang Zaman
- PAS Mampu Tadbir Negara Lebih Baik Dari BN -SU ...
- Jati Diri Umat Bersama Bahasanya -Abd Hadi
- Pas Akan Jadi Kerajaan, Mengundi Adalah Wajib! Und...
- Tadbir S'gor Ikut Model Islam. Dah Sampainya, Jom ...
- Baru Umum MB S'ngor, Selepas PAS Menang. Tanding 4...
Sobat baru saja selesai membaca :
Bayar RM150 Pakej Urut &Seks Hidangi Pelanggan, Diserbu.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bayar RM150 Pakej Urut &Seks Hidangi Pelanggan, Diserbu. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bayar RM150 Pakej Urut &Seks Hidangi Pelanggan, Diserbu. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/01/bayar-rm150-pakej-urut-hidangi.html