Judul : 3 Rumah Urut Tanpa Lesen Diserbu. Lagi Bukti BN Gagal Tadbir Negara.
link : 3 Rumah Urut Tanpa Lesen Diserbu. Lagi Bukti BN Gagal Tadbir Negara.
3 Rumah Urut Tanpa Lesen Diserbu. Lagi Bukti BN Gagal Tadbir Negara.
ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Noda dijalankan Pasukan D7 Selangor di sekitar Gombak awal pagi tadi. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Polis Selangor menahan 19 wanita warga asing dan tiga lelaki tempatan selepas menyerbu tiga pusat urut di sekitar Prima Sri Gombak, di Gombak, awal pagi tadi.
Serbuan serentak bermula pukul 1.15 pagi itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Kemboja.
“Wanita-wanita ini dipercayai bekerja sebagai tukang urut manakala tangkapan lelaki membabitkan tiga warga tempatan bekerja sebagai penjaga premis.
“Pemeriksaan terhadap ketiga-tiga premis turut mendapati ia beroperasi tanpa lesen perniagaan sah dan kita merampas peralatan mengurut serta wang tunai sebanyak RM1,088,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambah Norhizam, semua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiga rumah urut tanpa lesen diserbu, lagi menjadi bukti kerajaan BN gagal tadbir negara ini dengan baik.
Adakah gagal kerana 'rasuah' atau kerana sistem jenayah di Malaysia ini memberi ruang kepada perasuah, penjenayah atau pihak pegawai keselamatan bekerjasama mempertahankan maksiat dalam negara ini? Atau bagaimana?
Kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang jelas mentarbiah ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bukan sekurisme. Yakni dengan menolak parti-parti sekular, kecuali PAS dalam PRU 14 akan datang.
Allahu Akbar!
Lihat sebelum ini..
Sobat baru saja selesai membaca :
3 Rumah Urut Tanpa Lesen Diserbu. Lagi Bukti BN Gagal Tadbir Negara.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 3 Rumah Urut Tanpa Lesen Diserbu. Lagi Bukti BN Gagal Tadbir Negara. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 3 Rumah Urut Tanpa Lesen Diserbu. Lagi Bukti BN Gagal Tadbir Negara. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/01/3-rumah-urut-tanpa-lesen-diserbu-lagi.html