“Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s.

“Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: “Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : “Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s.
link : “Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s.

Baca juga


“Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s.




SEORANG pengawal keselamatan di restoran McDonald’s di Britain digantung kerja serta-merta gara-gara bersikap anti-islam atau Islamfobia terhadap seorang pelanggan yang berhijab.

Lapor Metro. uk, petugas berusia lingkungan 40-an itu mengarahkan mangsa yang berusia 19 tahun menanggalkan tudungnya ketika hendak memasuki restoran terbabit di Holloway, utara London, pada Jumaat lalu.
Wakil jurucakap McDonald’s cawangan Seven Sisters mengesahkan syarikatnya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang pelanggan mereka berhijab ketika memasuki premis berkenaan.
Malah mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pelanggan daripada pelbagai agama dan meminta maaf atas kejadian yang menimpa remaja Muslimah tersebut.
Menerusi video yang dirakam remaja terbabit, dia terkejut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya diarah untuk berbuat demikian sepanjang menetap di United Kingdom.“Kenapa saya tidak dibenarkan masuk ke McDonald’s? Sebab saya bertudung? kata wanita Muslim yang tidak ingin dikenali itu.
“Awak hanya perlu menanggalkanya dan ini akan selesai,” kata pengawal keselamatan terbabit ketika bertegas menjawab kenyataan mangsa.
Mangsa kemudian memberikan penjelasan mengenai tuntutan agama Islam dan pendiriannya sebagai seorang Muslim namun ia tetap tidak halang tindakan lelaki itu yang terus memintanya membuka tudung.
“Buka tudung atau beredar daripada sini,” kata lelaki itu sambil menunjukkan gerak geri tangan kepada mangsa.
Rakaman kemudian memaparkan tindakan wanita itu menjerit kepada pengawal keselamatan terbabit dengan mengatakan “Ini adalah jenayah kebencian, jenayah kebencian!”.
Di penghujung rakaman, tampil seorang pelanggan lain menegur sikap pengawal keselamatan terbabit dengan mengatakan memakai tudung itu adalah haknya dan dia sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan mangsa.
Mangsa kemudian dilihat beredar daripada restoran berkenaan selepas seorang kakitangan McDonald’s memintanya tidak merakam insiden terbabit.
Video insiden itu turut mencetuskan kecaman netizen di seluruh dunia dengan mendakwa cawangan McDonald’s itu tidak menghormati pelanggannya yang beragama Islam. – MYNEWSHUB.CC


Lihat sebelum ini..



Sobat baru saja selesai membaca :

“Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang “Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: “Buka Tudung Atau Sila Beredar Dari Sini” Di Restoran McDonald’s. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/12/buka-tudung-atau-sila-beredar-dari-sini.html

Subscribe to receive free email updates: