3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat.

3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat.
link : 3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat.

Baca juga


3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat.



KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dipercayai mengalami kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun berikutan tindakan agresif sebuah syarikat perlombongan yang beroperasi secara gelap untuk membawa keluar pasir dan batu secara haram di Kajang sejak 2014.


Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata syarikat perlombongan itu didapati beroperasi secara berleluasa tanpa sebarang pengawasan dan sekatan oleh mana-mana pihak berkuasa bagi mengaut keuntungan dengan mengeluarkan hasil bumi menggunakan puluhan buah lori setiap hari.

“SPRM kini menjalankan siasatan setelah menerima maklumat berhubung kegiatan haram syarikat ini dan hasil maklumat terkumpul mendapati syarikat itu tidak memiliki permit, dan jauh sekali daripada membayar royalti kepada kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Menurut sumber itu, SPRM sedang membuat penilaian kerugian dari segi hasil kutipan yang gagal dikutip kerajaan negeri berikutan kerja-kerja perlombongan pasir dan batu itu yang dikatakan berlaku di sebuah kawasan lapang, berhampiran Kajang.

“Agak mencurigakan apabila syarikat ini dikatakan beroperasi tanpa henti sejak sekian lama tanpa disedari oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa,” katanya.

Sumber itu berkata siasatan dan risikan yang dijalankan mendapati perlombongan haram itu didalangi oleh seorang pengarah syarikat bergelar jutawan.

“Pengarah syarikat itu juga didapati memiliki keseluruhan kawasan perlombongan itu dan SPRM akan menjalankan siasatan lanjut untuk mendakwanya atas kesalahan membawa keluar hasil bumi yang sepatutnya menjadi milik kerajaan,” katanya.

Menurutnya, sekumpulan pegawai dari Pejabat Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang diarahkan membuat siasatan dan ujian di kawasan terbabit ekoran aduan yang diterima baru-baru ini juga menemukan bukti serta mengesahkan berlakunya pengeluaran pasir dan batu daripada kawasan itu.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada proses siasatan, SPRM turut menahan sebuah lori yang sedang beroperasi membawa keluar hasil batu dari kawasan perlombongan itu.

“Apabila pegawai kita menahan lori itu, lori-lori lain yang sedang beroperasi terus menghentikan aktiviti mereka, seolah-olah mereka sedar bahawa kegiatan mereka itu menyalahi undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan siasatan terhadap operasi dan syarikat pelombongan itu.

Katanya, sehingga ini 4 individu ditahan dan dikenakan reman selama 7 hari bermula semalam bagi membantu siasatan SPRM.

Menurutnya, selain itu SPRM turut merakam keterangan 7 individu lain termasuk pekerja syarikat dan pemandu lori berhubung kegiatan perlombongan haram itu.

Semalam, SPRM membekukan beberapa akaun kewangan syarikat terbabit bernilai RM4 juta yang dipercayai sebahagian daripada hasil keuntungan syarikat itu menjalankan aktiviti perlombongan secara haram di Selangor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini lagi bukti bahawa MB Selangor sekarang tidak layak jadi MB.. pengurusan tiris. Rakyat berkuasa mengukum beliau, tolak dalam PRU 14 akan datang.


Lihat sebelum ini..




Sobat baru saja selesai membaca :

3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 3 Tahun Lombong Haram, K/Negeri Tak Sedar? -SPRM Siasat. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/12/3-tahun-lombong-haram-knegeri-tak-sedar.html

Subscribe to receive free email updates: