Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri.

Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri.
link : Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri.

Baca juga


Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri.



PETALING JAYA: Hujung minggu lalu, pasukan keselamatan Arab Saudi mengepung kediaman beberapa ahli kerabat diraja dalam apa yang dilaporkan sebagai usaha Putera Mahkota Mohammed bin Salman memerangi rasuah.
Beberapa kerabat diraja dan ahli perniagaan negara itu kini ditahan di Hotel Ritz Carlton di Riyadh.

Hanya beberapa minggu sebelum itu, hotel tersebut menjadi tuan rumah pelabur terkemuka dari seluruh dunia, di sebalik usaha Salman melakar ekonomi Arab Saudi tanpa bergantung kepada minyak.

Seramai 11 putera ditahan, di samping 4 menteri dan berpuluh bekas menteri. Antaranya ialah Abdullah al-Sultan, panglima tentera udara Saudi, dan bekas ketua pengarah syarikat penerbangan Saudia, Khalid al-Mulheim.

Berikut sebahagian yang ditahan.

Putera Waleed bin Talal

Terkenal dengan gaya hidupnya yang mewah dan juga sifat “dermawan”, Waleed merupakan cucu raja Saudi yang pertama, Ibn Saud dan juga cucu kepada perdana menteri pertama Lubnan, Riad al Solh.

Kekayaannya bernilai AS$18 bilion, dan beliau memegang saham dalam Newscorp, Citigroup, 21st Century Fox dan Twitter. Pada 2015, Talal dikritik kerana mahu membeli kereta Bentley untuk juruterbang Saudi yang melakukan serangan ke atas Yaman.

Putera Miteb bin Abdullah

Miteb bin Abdullah mengetuai pasukan elit Pengawal Kebangsaan, dan merupakan anak Raja Abdullah. Kepentingan perniagaannya termasuk Hotel de Crillon di tengah bandar raya Paris yang bernilai AS$354 juta.

Bakr bin Laden
Bakr bin Laden ialah pengerusi Kumpulan Saudi Bin Laden, syarikat pemaju terbesar di Arab Saudi. Beliau kerap diberi jolokan penguasa sebenar Jeddah. Bakr merupakan abang Osama bin Laden, ketua Al Qaeda.

Khalid al-Tuwaijri

Khalid al-Tuwaijri merupakan individu bukan dari kerabat raja yang paling berkuasa di Arab Saudi. Beliau dikatakan mempunyai ramai musuh, dan berkuasa menentukan siapa yang boleh menghadap Raja Abdullah. Beliau antara yang terlibat membantu tentera Mesir menjatuhkan Presiden Mohammed Morsi, dan menghantar tentera ke Bahrain bagi menghapuskan pemberontakan rakyat di negara kecil itu.

Saleh Kamel

Dengan nilai kekayaan lebih AS$2 bilion menurut Forbes, Saleh Kamel ialah pengerusi Kumpulan Dallah al Barakah, antara konglomerat terbesar di Timur Tengah. Beliau terkenal dalam mempelopori industri kewangan Islam, dan menggalakkan pertumbuhan perbankan Islam di seluruh dunia. Anaknya baru-baru ini menyumbang AS$10 juta kepada Universiti Yale di Amerika Syarikat untuk menumbuhkan sebuah institut perundangan Islam.

Alwaleed al-Ibrahim

Alwaleed al-Ibrahim ialah ketua pegawai eksekutif MBC, syarikat penyiaran komersial yang paling berjaya di Timur Tengah. Beliau juga melancarkan Al-Arabiya pada 2003 dalam usaha menyaingi badan penyiaran Al-Jazeera yang berpusat di Qatar. (TKO)



Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.


Sobat baru saja selesai membaca :

Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Saudi Perangi Rasuah. Tahan 11 Putera, 4 Menteri, &Puluhan B/Menteri. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/11/saudi-perangi-rasuah-tahan-11-putera-4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :