Judul : PAS Terima RM90J, Rupanya Ambiga Sumber Sarawak Report -Mohd Amar
link : PAS Terima RM90J, Rupanya Ambiga Sumber Sarawak Report -Mohd Amar
PAS Terima RM90J, Rupanya Ambiga Sumber Sarawak Report -Mohd Amar
PAS terkejut kenyataan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang menamakan Datuk S Ambiga sebagai sumber rujukannya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu didakwa menjadi rujukan Clare yang mendakwa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, selama ini PAS tidak pernah mendengar Ambiga bercakap mengenai perkara itu.
Menurutnya, PAS hanya mengetahui isu tersebut daripada orang lain khususnya dalam ceramah.
“Tiba-tiba Sarawak Report mendakwa Ambiga yang bagi maklumat berkaitan perkara itu.
“Kita tidak menjangka perkara itu datang daripada Ambiga yang kita tahu hanya sumbernya dalam ceramah dan media sosial sahaja,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Berikutan pendedahan tersebut banyak pihak termasuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Ambiga memberi reaksi terhadap dakwaan editor terbabit. - HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sobat baru saja selesai membaca :
PAS Terima RM90J, Rupanya Ambiga Sumber Sarawak Report -Mohd Amar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PAS Terima RM90J, Rupanya Ambiga Sumber Sarawak Report -Mohd Amar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PAS Terima RM90J, Rupanya Ambiga Sumber Sarawak Report -Mohd Amar link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/11/pas-terima-rm90j-rupanya-ambiga-sumber.html