Judul : PAN Dijangka Berakhir Lepas PRU14, Kerana Tiada Penyokong -Nik Mohd. Amar Nik
link : PAN Dijangka Berakhir Lepas PRU14, Kerana Tiada Penyokong -Nik Mohd. Amar Nik
PAN Dijangka Berakhir Lepas PRU14, Kerana Tiada Penyokong -Nik Mohd. Amar Nik
KOTA BHARU – PAS percaya jangka hayat PAN bakal berakhir selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 berikutan parti serpihan itu langsung tidak dapat sokongan rakyat khususnya di Kelantan.
Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, PAN yang menyasarkan untuk bertanding 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini perlu sedar bahawa mereka bukan sahaja kekurangan calon.
Malah sehingga kini masih tidak berupaya membentuk cawangan di kawasan-kawasan tertentu. Beliau juga percaya, Pakatan Harapan khasnya DAP dan PKR tidak akan beri kerusi mereka kepada parti kecil seperti PAN dalam PRU.
“Kita yakin Pakatan Harapan tidak akan serah kerusi kepada PAN. Dia (PAN) hendak bertanding kerusi siapa, hendak lawan di kerusi PAS… dan tidak mustahil bakal berlaku perebutan kerusi sesama mereka sendiri lepas ini.
“Jadi PAN perlu sedar dan lupa niat ganti PAS di Kelantan. PAN hanya perkakas DAP, ikut apa DAP buat, nak ganti PAS bagaimana?” soalnya ketika ceramah berkaitan isu semasa di Kampung Hujung Tanjung di sin malam Rabu.
Sementara itu, Nik Mohd. Amar turut membidas Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa berikutan tindakan beliau yang berterusan menyerang parti Islam itu khususnya berkaitan isu Wisma Tok Guru dan Pasar Besar Pasir Puteh.
Katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, serangan demi serangan oleh Husam itu dilihat sebagai langkah terdesak bekas pemimpin PAS tersebut untuk meneruskan kesinambungan politiknya yang makin suram.
“PAS yakin sebaik sahaja habis PRU-14 ini, kita boleh tengok karier politiknya (Husam) juga bakal berakhir. Apabila sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja,” kata Nik Mohd Amar lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
Sobat baru saja selesai membaca :
PAN Dijangka Berakhir Lepas PRU14, Kerana Tiada Penyokong -Nik Mohd. Amar Nik
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PAN Dijangka Berakhir Lepas PRU14, Kerana Tiada Penyokong -Nik Mohd. Amar Nik dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PAN Dijangka Berakhir Lepas PRU14, Kerana Tiada Penyokong -Nik Mohd. Amar Nik link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/11/pan-dijangka-berakhir-lepas-pru14.html