Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak..

Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak..
link : Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak..

Baca juga


Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak..


Imam Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak TenteraImam Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak Tentera

COX’S BAZAR (Bangladesh) – Menyaksikan sendiri isteri dan anak perempuannya mati akibat serangan tentera Myanmar, begitu perit untuk diingati oleh imam sebuah masjid di Kampung Mondu di wilayah Rakhine, Myanmar.

Peristiwa hitam itu memaksa Muhammad Sidiq, 78, untuk lari dari negara itu memasuki Bangladesh dan menjadi antara pelarian etnik Rohingya yang terpaksa berlindung di Kem Pelarian Kutupalong, kira-kira 35km dari sini.
“Ketika itu saya mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran apabila pasukan tentera datang menembak penduduk kampung dan membakar rumah-rumah,” katanya menerusi penterjemah ketika ditemui di kem itu.
Dia yang baru tiba di kem itu 25 hari yang lepas berkata, pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi sebelum tiba di kem itu.
“Saya bersama enam orang lagi mengambil masa tujuh hari untuk sampai ke Kutupalong. Kami ada terserempak dengan tentera Myanmar tetapi berjaya menyembunyikan diri. Kami terpaksa berhati-hati kerana ada bom ditanam di banyak kawasan,” katanya.
Muhammad Sidiq berkata semakin ramai penduduk Rohingya di wilayah Rakhine dibunuh kejam dan rumah-rumah dibakar, yang menjadi punca mereka terpaksa melarikan diri ke kawasan sempadan Bangladesh berhampiran Myanmar.
Bagi Nur Begum, 22, dia tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupannya setelah melarikan diri dari Rakhine dan tiba di Kutupalong sejak 10 hari lepas bersama dua anak lelakinya berusia dua tahun dan empat bulan.
“Suami saya mati ditembak tentera. Kampung saya diserang. Saya dan anak-anak terpaksa melarikan diri. Saya ambil masa tiga hari untuk sampai bersama sekumpulan penduduk kampung. Dalam tempoh tiga hari itu, kami tak makan langsung. Hanya minum air,” katanya.
Katanya kehidupannya kini perit untuk membesarkan anaknya tanpa suami dengan keadaan sebagai pelarian.
Tinjauan Bernama di kem pelarian itu mendapati semakin ramai pelarian Rohingya yang baru tiba dan mendaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Jumlah pelarian semakin meningkat, dan ramai juga tidak berdaftar dengan UNHCR.
Keadaan mereka amat daif dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik yang sangat terhad. Untuk makanan, mereka banyak bergantung kepada sumbangan daripada misi kemanusiaan.
Semasa di kem itu, penulis menemui Kisna Tara, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menjadi yatim piatu apabila kedua-dua ibu bapanya dibunuh tentera Myanmar.
Sejak beberapa bulan lepas, dia dibawa ke Kutupalong oleh neneknya, Nur Aishah, 40.
Dilaporkan lebih sejuta penduduk etnik Rohingya berada di kem-kem pelarian di Bangladesh, dengan pertambahan ketara mereka yang melarikan diri ke Bangladesh sejak tercetusnya keganasan di Rakhine, Myanmar pada 25 Ogos.
Angka sebenar pelarian Rohingya tidak dapat dipastikan kerana ramai yang tidak berdaftar. – BERNAMA



Sobat baru saja selesai membaca :

Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Imam Kampung Mondu Rakhine, Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/10/imam-kampung-mondu-rakhine-saksikan.html

Subscribe to receive free email updates: