Judul : Carafikir Seorang Wan Ji.. Mengapa Begini Yang DAP Pilih? Apa Agendanya?
link : Carafikir Seorang Wan Ji.. Mengapa Begini Yang DAP Pilih? Apa Agendanya?
Carafikir Seorang Wan Ji.. Mengapa Begini Yang DAP Pilih? Apa Agendanya?
INI cara fikir seorang Wn Ji..
George Town, Pulau Pinang: Ustaz PKR, Wan Ji Wan Hussin yang dilantik sebagai Pegawai Penerangan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini menyatakan bahawa beliau akan menggunakan al-Qur’an untuk melaksanakan tugasan baru beliau di negeri itu, terutama sekali apabila ianya berkaitan dengan tadbir urus yang baik.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Malaysian Digest, Wan Ji telah mengangkat sumpah di pejabat Ketua Menteri di Komtar pada Khamis, 28 September baru-baru ini. Dalam menjelaskan tugasan baru yang dipikulnya, Wan Ji berkata politik hanyalah demi kebaikan masyarakat dan menurut ajaran al-Qur’an, tadbir urus yang baik juga adalah untuk tujuan yang sama.
Mari kita lihat cara fikir beliau..
(ttps://aidcnews.wordpress.com)
Kes Wan Ji Kata “Sultan Syaitan” Apa Jadi Ya?
Karim Omar – Walaupun ucapan itu dibuat Wan Ji pada tahun 2013 (berdasarkan rakaman video), namun saya masih kerap menerima berkali-kali petikan rakaman video tersebut. Apabila dilantik menjadi “pegawai penerangan agama” negeri Pulau Pinang, saya pernah tulis – Hapuskan Sultan Pada Tahun 2030 – Malaysia Jadi Republik.
Yang menjadi persoalan orang ramai apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa sehingga ini. Saya tidak mampu untuk jawab. Mungkin soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak berkuasa sendiri. Tidak salah jika pihak Polis boleh buat penjelasan kerana kebelakangan ini timbul semula isu ini.
Kenapa hendak tahu?
Sebab Wan Ji pernah kata beliau ada rancangan hendak hapuskan sistem Raja pada tahun 2030. Untuk tujuan tersebut beliau merancang supaya orang benci Sultan dengan mengatakan “Sultan Syaitan”.
Wan Ji juga pernah dipetik menulis dalam FBnya bahawa “ciri-ciri adik beradik Syaitan ada pada Sultan Johor”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin cara fikirnya mengenai sultan beginilah yang menyebabkan DAP pilih beliau dan telah mengangkat sumpah di pejabat Ketua Menteri di Komtar pada Khamis, 28 September baru-baru ini.
Sobat baru saja selesai membaca :
Carafikir Seorang Wan Ji.. Mengapa Begini Yang DAP Pilih? Apa Agendanya?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Carafikir Seorang Wan Ji.. Mengapa Begini Yang DAP Pilih? Apa Agendanya? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Carafikir Seorang Wan Ji.. Mengapa Begini Yang DAP Pilih? Apa Agendanya? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/10/carafikir-seorang-wan-ji-mengapa-begini.html