Judul : Biarkan Tun M Sama DAP &`penjilat' – Nik Abduh
link : Biarkan Tun M Sama DAP &`penjilat' – Nik Abduh
Biarkan Tun M Sama DAP &`penjilat' – Nik Abduh
KUALA LUMPUR – Biarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan bersama para `penjilatnya’ masa lampau untuk terus `menjilatnya’.
Demikian pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung Mahathir yang semakin terjejas disebabkan skandal urus niaga pertukaran mata wang asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang negara sekitar 1990-an terdedah.
Menurut beliau, golongan muda negara yang bersama Mahathir wajar meninggalkan bekas Perdana Menteri itu kerana masanya dalam politik tanah air sudah tamat.
“Masanya dah tamat. Anak muda boleh tinggalkan dia. Biarkan dia bersama para `penjilatnya’ masa lampau untuk terus `menjilat’. PAS berlepas diri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau mengulas keterangan yang dibuat oleh bekas Pengarah dan Penolong Ketua Audit Negara, P. Kanason Pothinker, 78, berhubung skandal urus niaga pertukaran mata wang asing tersebut kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru-baru ini.
Dalam keterangannya, Kanason dengan penuh emosi mengetuk-ngetuk meja dengan tangannya berulang kali sehingga diarah berhenti oleh salah seorang panel RCI bagi menyiasat skandal itu.
Kanason dilapor berkata: “Tidak. Saya tidak akan berhenti. Jika mereka dengar (nasihat) saya ketika itu saya yang kini berusia 78 tahun tidak perlu datang jauh-jauh ke sini untuk beri keterangan.”
Kanason adalah pegawai kanan yang diawal tahun 1990an yang mengesan kerugian wang negara ketika itu yang didapati tidak mematuhi peraturan Akta Bank Negara Malaysia.
Beliau yang mengambil inisiatif membawa penemuan itu kepada perhatian Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Ainum Mohammed Saaiad tetapi dimaklumkan orang atasan memberi peringatan supaya jangan masuk campur.
“Nasib baik dia (Mahathir) Perdana Menteri masa tu.. Tapi nasib baik juga dia masih hidup. Pintu taubat dan tikar sejadah masih terbentang untuknya. Cuma nasib tak baiknya ialah dia tak boleh lagi jadi hero,” kata Nik Mohamad Abduh. Lapor MYNEWSHUB.CC
Sobat baru saja selesai membaca :
Biarkan Tun M Sama DAP &`penjilat' – Nik Abduh
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Biarkan Tun M Sama DAP &`penjilat' – Nik Abduh dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Biarkan Tun M Sama DAP &`penjilat' – Nik Abduh link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/10/biarkan-tun-m-sama-dap-nik-abduh.html