Judul : SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah
link : SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah
SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjadi alat untuk Umno dan BN terus berkuasa.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata apabila nama senarai calon PAS sampai kepada mereka, pelbagai cara dibuat untuk mensabotajkannya.
Menurutnya, apabila PAS mengemukakan senarai calon yang mampu menggugatkan kedudukan, mereka akan melakukan sesuatu.
“Saringan yang akan dibuat SPRM hanya satu alasan untuk mengaburi parti-parti lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan SPRM yang mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada PRU 14 menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring.
Ketua Pesuruhjayanya, Dzulkifli Ahmad berkata walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.
Zailah seterusnya berkata, perkara itu tidak pernah menjadi amalan sebelum ini.
“Dengan mendedahkan nama-nama calon bererti ia mendedahkan kepada umum.
“Sekiranya stategi itu akan dibuat, ia adalah satu cara untuk menyaingi calon pembangkang khususnya PAS.
“Mereka ada peluang untuk mengkaji kekuatan senarai nama pembangkang,” ujarnya.
Beliau memberitahu, dakwaan mengatakan BN telah menyerahkan senarai nama calon, ia belum dapat dibuktikan.
Beliau yakin pucuk pimpinan tidak akan mengikut kehendak ini. –HARAKAHDAILY 28/9/2017
Sobat baru saja selesai membaca :
SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/09/sprm-hanya-alat-umnobn-terus-berkuasa.html