Judul : Latheefa Koya/Pimpinan Pusat PKR Serang Rafizi..
link : Latheefa Koya/Pimpinan Pusat PKR Serang Rafizi..
Latheefa Koya/Pimpinan Pusat PKR Serang Rafizi..
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berang dengan Rafizi? -ARIF ATAN
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya dilihat amat berang apabila menyerang seorang pemimpin partinya sendiri dengan memuat naik lebih 20 status Facebook dalam tempoh kurang 24 jam setakat pukul 10 pagi hari ini.
Turutan serangan 'posting' tanpa menyebut nama inidividu itu bermula pukul 5 petang semalam dengan lapan kenyataan sepanjang tempoh sejam diikuti 10 status pada jam 4 petang sebelum diakhiri enam hujahnya mulai pukul 12 tengah malam tadi.
Walau bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial itu menyifatkan siri kenyataan peguam tersebut merujuk kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Dia masuk (PKR) tunjuk muka lepas PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008). Dia keluar lepas gaduh dari kerja koperat sebelum dia masuk tapi konon berkorban gaji tinggi.
"Sejak dia masuk, dia sudah bergaduh dengan hampir semua pimpinan utama. Dialah krisis," dipetik dari status Facebook Latheefa petang semalam.
Untuk rekod, Rafizi yang mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah dalam bidang percukaian meletakkan jawatan dari Petronas pada 30 April 2009.
Selanjutnya, Latheefa mendakwa individu itu sangat disayangi 'satu parti' tetapi beliau pula pada masa ini menganggapnya sebagai 'barah'.
"Ada satu parti sayang sangat dengan budak ni bagai dewa. Saya tawarkan dia kepada kamu. Tolonglah ambillah dia ni.
"Sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua," dakwanya.
Beliau turut menyebut individu berkenaan mempunyai pertubuhan NGO yang kemudiannya menyaksikan orang ramai memberi sumbangan wang. Walau bagaimanapun, Ketua Biro Undang-Undang PKR berkenaan menganggap kutipan wang itu digunakan untuk memecah-belahkan Cabang parti tersebut
"Sekarang ni guna dia punya NGO - kutip duit pastu - dia guna duit ni untuk memecah-belahkan cabang. Bukan untuk memantapkan parti tapi sebaliknya bagi huru-hara sebagai strategi ponorogo.
"Orang bersangka baik bagi duit - dia jual cerita konon dia sorang pi penjara - padahal dia tak bayar apa-apa kat mana-mana peguam," ujarnya.
Tanpa menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan 'strategi ponorogo', Latheefa terus mengulang kata 'ponorogo' yang difahami umum sebagai nama tempat di Jawa Timur juga nama kawasan di Muar, Johor itu dalam beberapa 'posting' beliau yang lain.
"Orang ini bersama geng ponorogo untuk memecah parti. Dia secara terang-terangan akan melawan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"He has lied about figures and he will continue to do so. He is serving his ponorogo master. Watch and see," tegasnya.
Terus mengaitkan dengan 'geng ponorogo', katanya lagi, kelompok 'barah' itu setiap hari berhubung dengan entiti yang tetap enggan dijelaskannya meskipun didesak netizen.
"Dia ni perangai buruk - kalau orang tak terima idea dia, dia akan lompat2, ugut2. Hari2 geng dia berhubung dengan geng ponorogo
"Sejak dia masuk, kita hanya menyaksikan krisis demi krisis hasil keja jahat dia. Jangan lupa dia ni rapat dengan geng ponorogo," ujarnya lagi.
Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Sobat baru saja selesai membaca :
Latheefa Koya/Pimpinan Pusat PKR Serang Rafizi..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Latheefa Koya/Pimpinan Pusat PKR Serang Rafizi.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Latheefa Koya/Pimpinan Pusat PKR Serang Rafizi.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/08/latheefa-koyapimpinan-pusat-pkr-serang.html