Judul : Harakah Al-Yaqin, Rohingya Lancar Serang Besar-besaran -Reuters
link : Harakah Al-Yaqin, Rohingya Lancar Serang Besar-besaran -Reuters
Harakah Al-Yaqin, Rohingya Lancar Serang Besar-besaran -Reuters
AP - SEORANG anggota polis sempadan berkawal di sebuah pos polis yang menjadi sasaran serangan pemberontak Rohingya di Buthidaung,Rakhine semalam.YANGON – Sekurang-kurangnya 59 pemberontak dan 12 anggota pasukan keselamatan terbunuh di negeri Rakhine semalam apabila pemberontak Rohingya menyerang 30 pos polis dan sebuah pangkalan tentera, kata tentera Myanmar.
Pertempuran itu yang masih berterusan di beberapa kawasan, membayangkan bahawa konflik di Rakhine semakin meruncing.
Serangan serupa pada Oktober lalu mendorong operasi pembersihan oleh tentera yang didakwa dicemari kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia.
Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA), kumpulan pemberontak yang sebelum ini dikenali sebagai Harakah Al-Yaqin mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan awal pagi itu. ARSA memberi amaran bahawa lebih banyak serangan akan berlaku.
Pihak berkuasa berkata, seorang askar, seorang anggota imigresen, 10 anggota polis dan 59 pemberontak ARSA maut dalam serangan itu.
Namun, dua sumber tentera yang dihubungi agensi berita Reuters memberitahu bahawa angka kematian sebenar adalah lebih besar.
“Pemberontak Rohingya menyerang pos polis di rantau Maungdaw, Rakhine dengan meletupkan bom buatan sendiri dan melakukan serangan terancang ke atas beberapa pos polis pada pukul 1 pagi (waktu tempatan),” kata pasukan pemberita kerajaan dalam satu kenyataan.
Etnik Rohingya tidak mendapat kerakyatan di Myanmar. Mereka dituduh sebagai pendatang tapa izin dari Bangladesh walaupun telah menetap di Rakhine sejak beberapa abad lalu. – Reuters
Sobat baru saja selesai membaca :
Harakah Al-Yaqin, Rohingya Lancar Serang Besar-besaran -Reuters
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Harakah Al-Yaqin, Rohingya Lancar Serang Besar-besaran -Reuters dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Harakah Al-Yaqin, Rohingya Lancar Serang Besar-besaran -Reuters link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/08/harakah-al-yaqin-rohingya-lancar-serang.html