Judul : Kurma Baling Jadi Tumpuan. Hasil, Makan Isi Biji Dibaling?
link : Kurma Baling Jadi Tumpuan. Hasil, Makan Isi Biji Dibaling?
Kurma Baling Jadi Tumpuan. Hasil, Makan Isi Biji Dibaling?
SHAH BARI menunjukkan sebatang pokok kurma yang berbuah lebat dan hampir masak di tebing Sungai Baling, Baling semalam.
BALING – Sebatang pokok kurma daripada 40 pokok yang ditanam di kawasan tebing Sungai Baling dalam kawasan milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak tujuh tahun lepas kini berbuah lebat dan sudah berwarna kekuningan yang hampir masak.
Ini adalah kali kedua pokok kurma yang ditanam di sini mengeluarkan buah selepas kali pertama sebatang pohon yang terletak berdekatan Masjid Ridzuaniah di sini berbuah pada 1984.
Ketika itu jawatankuasa masjid berkenaan telah menghadiahkan semayang buah berkenaan yang masak kepada bekas Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Bagaimanapun, pokok kurma itu dilaporkan tumbang selepas mengeluarkan buah beberapa kali. Kini pokok kurma yang mengeluarkan buah turut mendapat perhatian masyarakat di sini termasuk masyarakat Cina.
Ini adalah kerana pokok kurma itu ditanam sebaris di hadapan bangunan perniagaan mereka.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hasil dari 'makan isi, biji dibaling', ertinya pohon kurma yang tumbuh atau ditanam tidak berperancangan, tidak disistematikkan, tidak dikormisialkan, atau mungkin hanya kerana suka-suka saja.
Bila kita melihat perkembangan permakanan rakyat Malaysia yang begitu berminat dengan buah kurma, maka tidak ada salahnya jika pemerintah memulakan kajian dan menggalakkan tanam kurma di kalangan rakyat samada untuk peribadi dan keluarga atau untuk bisnes atau dieksport. Memang, lazimnya buah kurma dijual oleh negara-negara Arab kerana tumbuhan itu memang berasal dari rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
Kawasan yang cuaca panas berpadang pasir sepanjang tahun. Namun begitu, baru-baru ini, sebuah ladang di Alice Springs, Wilayah Utara kira-kira 2,557 kilometer dari ibu kota Australia, Canberra mencipta sejarah apabila mengeksport kurma jenis matang atau disebut khalal ke beberapa negara Timur Tengah.
Lihat juga..
Ladang kurma tersebut selama ini hanya setakat menjual produk kurma tuaiannya ke pasaran domestik khasnya di kawasan ramai majoriti penduduk Muslim. Buat permulaan sebanyak 200 kotak kurma jenis barhi khalal yang biasanya berwarna kuning, telah dihantar ke Qatar dan Lebanon bermula awal tahun ini malahan ia dijangka meningkat menjelang bulan Ramadan depan.
Maka Kurma Baling boleh dijadikan tumpuan untuk mewujudkan suatu bidang baru bisnes atau tanaman rakyat. Bukan semata-mata hasil dari 'Makan isi, biji dibuang'.
Sobat baru saja selesai membaca :
Kurma Baling Jadi Tumpuan. Hasil, Makan Isi Biji Dibaling?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kurma Baling Jadi Tumpuan. Hasil, Makan Isi Biji Dibaling? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kurma Baling Jadi Tumpuan. Hasil, Makan Isi Biji Dibaling? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/06/kurma-baling-jadi-tumpuan-hasil-makan.html