Judul : Bom Gegarkan Marawi, 58 Tentera Terbunuh.
link : Bom Gegarkan Marawi, 58 Tentera Terbunuh.
Bom Gegarkan Marawi, 58 Tentera Terbunuh.
MARAWI – Letupan bom menggegarkan Marawi di selatan Filipina semalam ketika bendera negara dinaikkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan, selepas hampir tiga minggu beratus-ratus kumpulan pengganas menakluki bandar tersebut.
Pekerja keselamatan, tentera dan bomba menyanyikan lagu kebangsaan dan mendengar ucapan dengan tiga pesawat serangan OV-10 melintasi ruang udara, menunggu giliran untuk menggugurkan bom di kawasan yang masih dikuasai pengganas.
“Kepada saudara Islam kita di sana, kami meminta mereka menghentikan pertempuran sia-sia ini kerana kita semua adalah bersaudara,” ujar Timbalan Gabenor, Mamintal Adiong Jr.
Acara menaikkan bendera adalah perkara normal yang dilakukan dua kali seminggu tetapi ia adalah pertama kali di bandar majoriti Islam itu sejak 23 Mei lalu apabila kumpulan militan membunuh dan menculik penganut Kristian dan membakar gereja.
Hampir semua penduduk sebanyak 200,000 orang melarikan diri tetapi terdapat kira-kira 500 hingga 1,000 orang awam masih terperangkap atau dijadikan tebusan.
Sehingga Sabtu lepas, jumlah pasukan tentera yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi sebanyak 58 orang. Seramai 20 orang awam terbunuh dan 100 lagi dibunuh. – Reuters
Sila rujuk semula..Sobat baru saja selesai membaca :
Bom Gegarkan Marawi, 58 Tentera Terbunuh.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bom Gegarkan Marawi, 58 Tentera Terbunuh. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bom Gegarkan Marawi, 58 Tentera Terbunuh. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/06/bom-gegarkan-marawi-58-tentera-terbunuh.html