Judul : Awas Telefon Pintar Jadi Pengintip -Open Rights Group
link : Awas Telefon Pintar Jadi Pengintip -Open Rights Group
Awas Telefon Pintar Jadi Pengintip -Open Rights Group
PENGGUNA
JERMAN 9 Jun - Sebuah pertubuhan hak asasi, Open Rights Group mendedahkan telefon pintar keluaran sebuah syarikat teknologi ternama menggunakan sistem yang boleh mengintip segala ‘pergerakan’ dan aktiviti penggunanya melalui teknik ‘beaconing’.
Menurut laporan Daily Mail, teknologi yang ‘menakutkan’ itu juga boleh ‘mencatatkan’ apa jua yang dibaca oleh pengguna termasuk menonton secara dalam talian dan e-mel peribadi.
Oleh yang demikian, Open Rights Group mendesak syarikat berkenaan supaya‘memadamkan’ teknologi yang dianggap ‘tidak bertanggungjawab’ itu.
Laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh The Sun Online mendedahkan teknologi itu bertindak sebagai ‘tukang pengintip’ yang memantau segala pergerakan pengguna.
Pengarah Eksekutif pertubuhan berkenaan, Jim Killock berkata, selain itu peranti tersebut boleh mengesan setiap aktiviti pengguna di telefon seperti lokasi, gambar, video dan tarikh sesuatu laman web itu dilayari menerusi Protokol Internet (IP) yang didaftar.
Kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Teknologi Braunschweig, Jerman mendapati ultrasonik yang terdapat dalam peranti itu juga ditemukan dalam 234 aplikasi Andriod yang lain.
Selain mengintip pergerakan, peranti itu juga dapat mengesan latar belakang pengguna tanpa disedari mereka. Kumpulan penyelidik itu memberitahu, aplikasi itu sebenarnya dibangunkan untuk diguna pakai oleh syarikat besar seperti McDonald’s dan Krispy Kreme.
Laporan terbabit didedahkan hanya selepas beberapa minggu Google mengharamkan aplikasi Android yang menggunakan beacon untuk mengintip pengguna.
Sobat baru saja selesai membaca :
Awas Telefon Pintar Jadi Pengintip -Open Rights Group
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Awas Telefon Pintar Jadi Pengintip -Open Rights Group dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Awas Telefon Pintar Jadi Pengintip -Open Rights Group link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/06/awas-telefon-pintar-jadi-pengintip-open.html