Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank.

Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank.
link : Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank.

Baca juga


Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank.



AFP - seorang petugas memantau serangan siber ransomware di pejabat Agensi Keselamatan dan Internet Korea, Seoul pada 15 Mei lalu.


PYONGYANG – Agensi perisikan utama Korea Utara mempunyai pasukan khas dinamakan Unit 180 yang dipercayai melancarkan sebilangan serangan siber pa­ling nekad dan berjaya, kata beberapa pembelot Pyongyang, pihak berkuasa dan pakar keselamatan internet.
Kim Heung-kwang yang merupakan bekas profesor sains di Korea Utara tetapi berpaling tadah ke Korea Selatan pada tahun 2004 berkata, serangan siber oleh Pyongyang bertujuan untuk mengumpulkan wang dan dilakukan oleh Unit 180.
Unit itu adalah sebahagian daripada Biro Pengintipan Awam, agensi perisikan luar negara utama Korea Utara.
“Unit 180 menggodam institusi kewangan dengan menceroboh dan mengeluarkan wang daripada akaun-akaun bank,” kata Heung-kwang kepada agensi berita Reuters.
Heung-kwang sebelum ini berkata, beberapa bekas pelajarnya telah menyertai tentera siber negara komunis itu.
“Penggodam-penggodam ini bergerak ke luar negara untuk mencari lokasi yang mempunyai perkhidmatan internet lebih baik daripada Korea Utara untuk menyem­bunyikan jejak mereka,” ujarnya.
Dia menambah, penggodam-penggodam Korea Utara menyamar sebagai pekerja cawa­ngan syarikat Korea Uta­ra di luar negara termasuk syarikat usaha sama di China dan Asia Tenggara.
“Korea Utara melakukan serangan siber melalui negara ketiga untuk menutup sumber sebenar serangan,” kata Timbalan Menteri Luar Korea Selatan, Ahn Chong-ghee dalam komen bertulis kepada Reuters.
Sejak beberapa tahun lalu, Korea Utara dipersalahkan berhubung banyak serangan siber, sebahagian besarnya terhadap rangkaian kewangan di Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan puluhan negara lain.
Penyelidik keselamatan siber juga menyatakan bahawa mereka menemui bukti teknikal yang boleh mengaitkan Korea Utara dengan serangan siber global, WannaCry ransomware.
Serangan siber itu menjejaskan lebih 300,000 komputer di 150 buah negara pada bulan ini.
Pyongyang bagaimanapun menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak munasabah.
– Reuters

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


Sobat baru saja selesai membaca :

Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tentera Siber Korea Utara. Menggodam, Menceroboh, Curi Akaun Bank. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/tentera-siber-korea-utara-menggodam.html

Subscribe to receive free email updates: