Judul : Serangan Siber Jejas 100 Negara, Guna Agensi Keselamatan AS.
link : Serangan Siber Jejas 100 Negara, Guna Agensi Keselamatan AS.
Serangan Siber Jejas 100 Negara, Guna Agensi Keselamatan AS.
SETTLE – Hampir 100 buah negara dan syarikat multinasional terkemuka dilanda serangan siber ransomware yang dipercayai menggunakan peralatan perisikan Agensi Keselamatan Negara, Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Serangan siber pertama dilaporkan dari Sweden, Britain dan Perancis, tetapi negara-negara seperti Rusia dan Taiwan dikatakan berdepan serangan yang teruk, lapor media AS.
Pasukan Kesediaan Kecemasan Komputer AS (USCERT) di bawah Jabatan Keselamatan Negara memberitahu, ia menerima beberapa laporan virus perisian tebusan WannaCry dari beberapa negara di seluruh dunia. Ia bagaimanapun tidak menamakan negara terlibat.
Di Britain, kesemua 45 hospital dan organisasi di bawah rangkaian Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) lumpuh malam kelmarin akibat serangan siber itu.
Rusia dipercayai menjadi negara paling teruk terkesan terhadap serangan virus tersebut dengan komputer di Kementerian Dalam Negeri dan syarikat rangkaian telefon kedua terbesar, Megafon turut menjadi sasaran.
Serangan itu turut melumpuhkan operasi syarikat logistik antarabangsa, FedEx selepas sistem Windows mereka dicerobohi, manakala gergasi teknologi, Microsoft memberitahu, pihaknya menyedari laporan virus tersebut dan masih mengkaji sejauh mana keadaannya.
Malah, mesin tiket dan komputer di stesen kereta api di Jerman turut terjejas termasuk syarikat-syarikat di Sepanyol seperti Telefonica, Iberdrola dan Gas Natural.
Ransomware adalah sejenis malware berbahaya yang menyerang komputer, ia akan meminta wang bayaran antara AS$300 (RM1,304) hingga AS$600 (RM2,608) kepada pemilik komputer tersebut sekiranya ingin mendapatkan semula akses.
Bagaimanapun, USCERT memberitahu organisasi yang terlibat agar tidak membayar wang tebusan kerana sukar dijamin mereka mendapat akses semula selepas pembayaran dibuat.
“Perisian WannaCry mungkin mengeksploitasi kelemahan dalam Server Message Block 1.0,” ujar kenyataan USCERT.
Pakar mengatakan, penyerang siber menggunakan kod yang dibangunkan oleh Agensi Keselamatan Negara AS yang bocor di dalam talian bulan lalu oleh kumpulan misteri yang digelar Shadow Brokers. – Agensi
Sobat baru saja selesai membaca :
Serangan Siber Jejas 100 Negara, Guna Agensi Keselamatan AS.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Serangan Siber Jejas 100 Negara, Guna Agensi Keselamatan AS. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Serangan Siber Jejas 100 Negara, Guna Agensi Keselamatan AS. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/serangan-siber-jejas-100-negara-guna.html