Judul : RM800,000 Dirampas Dari Koperal Polis Ditahan SPRM
link : RM800,000 Dirampas Dari Koperal Polis Ditahan SPRM
RM800,000 Dirampas Dari Koperal Polis Ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis berpangkat koperal bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.
Penahanan itu dibuat kira-kira jam 2.15 petang, semalam.
Anggota polis berusia 52 tahun itu merupakan individu kesepuluh yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Difahamkan, anggota tersebut bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Hasil penahanan itu, SPRM telah merampas wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 yang ditemukan di stor rumah anggota tersebut.
Sementara itu, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap Koperal tersebut bagi membantu siasatan kes selepas membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan siasatan kes tersebut lapor Sinar
Sobat baru saja selesai membaca :
RM800,000 Dirampas Dari Koperal Polis Ditahan SPRM
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RM800,000 Dirampas Dari Koperal Polis Ditahan SPRM dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: RM800,000 Dirampas Dari Koperal Polis Ditahan SPRM link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/rm800000-dirampas-dari-koperal-polis.html