Judul : Pinjam Kata D/Teoh Yg Ditampar, Tapi ''warning' Pada Muhyiddin.. -P/PAS.
link : Pinjam Kata D/Teoh Yg Ditampar, Tapi ''warning' Pada Muhyiddin.. -P/PAS.
Pinjam Kata D/Teoh Yg Ditampar, Tapi ''warning' Pada Muhyiddin.. -P/PAS.
“Sekali air ombak sampai ke pantai..”itu kata-kata yang tak sempat dihabiskan Penerbit David Teoh yang dipetik Pemuda PAS pada Jumaat untuk bagi 'warning' kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan kenyataannya mengenai Datuk Nik Aziz Nik Mat.
David tak sempat hendak habiskan kata-katanya selepas ditampar oleh pelakon komedi 'Mat Ober' atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin kerana berang mendakwa penerbit itu tidak menghormati Perdana Menteri dalam majlis Dialog TN50 penggiat seni malam Rabu.
Video pergaduhan tersebut viral selepas pengguna internet membuat macam-macam poster untuk memperolok-olokkan kejadian tersebut.
Pada Jumaat, Pemuda PAS mengingatkan Muhyiddin untuk tidak terikut-ikut dengan gaya bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang kini menyerang PAS habis-habisan sehingga tergamak mengungkit nama Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.
Naib Ketua DPPM, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak perlu mengikut 'lenggok' Mahathir itu kerana jelas gaya politik Penasihat PPBM itu sudah sampai ke penghujungnya.
"Gaya politik seperti itu sudah ketinggalan zaman, politik membantai dan menyondol bagaikan penasaran hanya boleh menikam diri sendiri. Ibarat kata David Teo, “sekali air ombak sampai ke pantai..” (sambungannya tidak sempat diketahui)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Muhyiddin yang memberi respon terhadap kenyataan yang kononnya dikeluarkan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyatakan PAS akan mewujudkan kesepakatan dengan UMNO dengan persetujuan bahawa kerusi PAS tidak ditandingi oleh UMNO dan begitu juga sebaliknya.
"Sebagai seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sekalipun diapit oleh pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP, adalah tidak wajar Muhyidin melontarkan komen demikian.
"Apakah salahnya jika Muhyidin berkata, “saya perlu membuat pengesahan terlebih dahulu adakah benar kenyataan tersebut daripada Mursyidul Am atau sebaliknya sebelum membuat ulasan..” ? Tidakkah ia kelihatan lebih berseni dan bertoma’ninah?
"Kita tidak berhasrat untuk mengambil langkah menyerang parti baru ini namun mengharapkan untuk kita memeluk tubuh di saat PAS diserang adalah sama sekali tidak mungkin," katanya.
Di antara yang disebut oleh Muhyiddin dengan merujuk kepada Mursyidul Am PAS ialah, “.. dan ada juga kenyataan yang saya baca mengatakan mungkin dia akan buat keputusan mana kerusi UMNO, PAS tak akan bertanding. Mana kerusi PAS, mereka UMNO tak akan bertanding. Jadi bagi kami, baguslah buat begitu, memudahkan kita untuk membezakan PAS ini samada dia third force ataupun dia sebenarnya dia masuk bersubahat dengan UMNO. Dan kita nak bagitahu kalau begitu halnya, sokong PAS bermakna sokong UMNO.Mudah untuk kita mengatur strategi..”
Tambah Ahmad Fadhil, pengesahan telah dibuat dengan Mursyidul Am PAS dan ayat-ayat tersebut tidak pernah keluar dari mulut beliau sedangkan mengulangi semangat yang telah ditegaskan oleh Allahyarham Nik Aziz sebelum ini bahawa 'jika UMNO terima Islam, PAS boleh bubar'.
"Apa yang disebut oleh beliau ialah PAS boleh bekerjasama dengan mana mana pihak yang boleh menerima Islam sebagai agenda perjuangan PAS. Tidak pernah wujud dalam perbincangan PAS untuk memberikan laluan kepada UMNO di kerusi-kerusi tertentu dan menuntut balasan yang sama daripada UMNO. Ia hanyalah omong-omong kosong pelari kerusi yang melarikan diri setelah tewas di gelanggang parti.
"Saya tertarik untuk menggunakan analogi yang sama yang digunakan oleh Muhyidin apabila melontarkan fatwa bahawa “undi PAS ialah undi UMNO” kerana katanya PAS tidak akan bertanding bersama UMNO di kerusi yang sama. Justeru, apabila telah sahih PPBM tidak akan bertanding di kerusi sama yang ditandingi DAP, secara mudahnya menurut sifir tersebut, undi BERSATU bererti undi DAP.
"Saya mengira Muhyidin bahkan Mahathir sekalipun akan bersetuju jika kita menyebut secara jelas dan terang, dengan lidah yang fasih, Undi Bersatu bererti Undi DAP!," katanya.-19/5/2017 (AD)
Klik sini.. Majlis Hi-Tea Dana Pilihan raya PAS Titiwangsa.
Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Sobat baru saja selesai membaca :
Pinjam Kata D/Teoh Yg Ditampar, Tapi ''warning' Pada Muhyiddin.. -P/PAS.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pinjam Kata D/Teoh Yg Ditampar, Tapi ''warning' Pada Muhyiddin.. -P/PAS. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pinjam Kata D/Teoh Yg Ditampar, Tapi ''warning' Pada Muhyiddin.. -P/PAS. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/pinjam-kata-dteoh-yg-ditampar-tapi.html