Judul : Ini, Bersetubuh Dalam Pengangkutan Awam. Heee..
link : Ini, Bersetubuh Dalam Pengangkutan Awam. Heee..
Ini, Bersetubuh Dalam Pengangkutan Awam. Heee..
SEPASANG kekasih dari Rusia didenda selepas melakukan hubungan seks di dalam sebuah pengangkutan awam yang dikenali sebagai Tuk Tuk di Phuket, Thailand.
Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera kereta oleh penduduk setempat dan dimuat naik di laman sosial sebelum insiden tersebut mendapat perhatian polis tempatan.
Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan pelancong warga asing itu tanpa segan melakukan hubungan seks dengan penuh berani di dalam pengangkutan awam yang terkenal di Thailand itu.
“Tak boleh ke mereka tunggu hingga sampai hotel? Betul-betul tak sabar mereka nak lakukan ini,” kata individu yang memuat naik video tersebut dikenali sebagai Sornchai Uadsree.
Perbuatan tidak bermoral itu dirakam pada waktu malam di pantai Patong iaitu sebuah pantai peranginan terkemuka di Phuket. Phuket News melaporkan, pasangan tersebut telah ditahan semalam dan dibawa ke Balai Polis Karon untuk disoal siasat.
Polis Phuket, Leftenan Kolonel Naruewat Puttawiro berkata, pasangan itu dikesan melalui nombor pendaftaran tuk tuk tersebut. Pemandu kenderaan itu membawa polis ke tempat tinggal pasangan berkenaan yang tinggal di bandar Phuket.
“Kedua-dua mereka menafikan melakukan hubungan seks tetapi mengaku ada membuka pakaian mereka dan tidak tahu perbuatan itu melanggar undang-undang.
“Kami menjelaskan, dalam budaya Thailand, jika anda membuka baju di tempat awam juga boleh dikatakan perbuatan tidak senonoh,” katanya.
Menurutnya, pasangan kekasih itu didakwa dan didenda ฿500 (RM62) setiap seorang. Lapor MYNEWSHUB.CC.
Sepatutnya, menumpang di sesebuah negara, kena ikut peraturan negara tersebut, walaupun sekejap. Apalagi kalau tinggal lama disebuah negara umat Islam, masih berdegil dengan peraturan sendiri? (IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Ini, Bersetubuh Dalam Pengangkutan Awam. Heee..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ini, Bersetubuh Dalam Pengangkutan Awam. Heee.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ini, Bersetubuh Dalam Pengangkutan Awam. Heee.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/ini-bersetubuh-dalam-pengangkutan-awam.html