Judul : Hukuman Rotan 85 Kali Untuk Pasangan Gay Di Aceh.
link : Hukuman Rotan 85 Kali Untuk Pasangan Gay Di Aceh.
Hukuman Rotan 85 Kali Untuk Pasangan Gay Di Aceh.
BANDA ACEH, Indonesia – Sebuah Mahkamah Syariah di Indonesia menjatuhkan hukuman rotan 85 kali terhadap dua lelaki gay kerana melakukan seks sejenis, kata seorang hakim di wilayah Aceh sekali gus menolak rayuan pengampunan daripada kumpulan hak asasi manusia.
Hukuman rotan di hadapan khalayak oleh panel hakim berkenaan adalah kali pertama terhadap kesalahan homoseksual sejak undang-undang mengenainya diperkenalkan di Aceh pada tahun 2014.
Hukuman itu lebih berat daripada rotan 80 kali yang diminta oleh pendakwa raya.
“Kedua-dua defendan didapati bersalah kerana melakukan liwat,” kata hakim yang mengendalikan kes itu, Khairil Jamal dalam satu kenyataan.
Dua lelaki itu yang memutuskan untuk mewakili diri masing-masing di mahkamah memberitahu bahawa mereka tidak akan merayu keputusan tersebut.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang menjadikan hubungan seks sejenis satu jenayah dan menggunakan undang-undang syariah.
Terdahulu, kumpulan pemantau hak asasi manusia, Human Right Watch menggesa Indonesia membebaskan kedua-dua lelaki itu yang ditahan pada Mac lalu.
Pihak berkuasa wilayah Aceh telah melaksanakan hukuman rotan terhadap 339 orang sejak tahun lalu kerana melanggar hukum Syarak.
- Reuters
Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Sobat baru saja selesai membaca :
Hukuman Rotan 85 Kali Untuk Pasangan Gay Di Aceh.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hukuman Rotan 85 Kali Untuk Pasangan Gay Di Aceh. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hukuman Rotan 85 Kali Untuk Pasangan Gay Di Aceh. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/hukuman-rotan-85-kali-untuk-pasangan.html