Judul : Hannah Yeoh: Lagi Bukti PAN Khadam DAP..
link : Hannah Yeoh: Lagi Bukti PAN Khadam DAP..
Hannah Yeoh: Lagi Bukti PAN Khadam DAP..
Parti Amanah Negara (PAN) hari ini tampil mempertahankan buku bertajuk 'Becoming Hannah' yang dihasilkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, ulasan seorang pensyarah universiti tempatan terhadap buku ADUN Subang Jaya itu hanya untuk menimbulkan isu agama dan perkauman menjelang pilihan raya umum (PRU).
Sepanjang mengenali Yeoh, menurut beliau, pemimpin DAP itu menunjukkan keperibadian yang baik sebagai seorang penganut Kristian.
"Walaupun berbeza agama dengan saya, tetapi saya mendapati rata-rata tindakan beliau menunjukkan dia seorang penganut Kristian yang baik dan cuba membawa nilai-nilai baik yang diyakini agama yang dianuti itu membantu beliau menjadi ahli politik yang baik.
"Tak bolehlah kita mengatakan oleh kerana beliau daripada DAP, maka kita mengambil satu sikap tidak adil tanpa melihat kepada sebenarnya apa yang ingin Hannah (Yeoh) tunjukkan sebagai seorang wakil rakyat, speaker dan ahli politik," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Lebai poning dengan Salahudin Ayub ni.
Salahudin faham tak apa yang Dr. Kamarul Zaman Yusoff menulis mengenai buku tersebut?
Kedua, Salahudin Ayub ni dah baca ke (kalau tanya dah tengok nampak macam lebai nak perbodohkan dia) muka surat-muka surat yang di diutarakan oleh Dr. Kamarul yang menjurus kepada wujudnya gerakan kristianisasi di Malaysia.
Dr. Kamarul Zaman Yusuff tak ada pun mempertikaikan pegangan agama atau amalan kristian Hannah Yeoh. Kalau nak pertikai amalan agama, ramai lagi MP Kristian yang boleh dipersoalakan amalan agama mereka, tetapi kenapa Dr. Kamarul hanya menyebut mengenai Hannah Yeoh itu sepatutnya Salahuddin berfikir sebelum membuat kenyataan media menyokong tanpa ada maklumat yang jelas.
Untuk pengetahuan Salahudin, Dr Kamarul Zaman Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia itu membuat laporan polis terhadap Hannah atas dakwaan beliau mungkin melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988).
Lebai hairan, kenyataan Salahudin Ayub tak menjawab apa yang diutarakan menjadi isu oleh Dr Kamarul Zaman. Malah Salahudin bercakap tak menyentuh isu. Apatah lagi akta... Kalau ambil SPM sah kertas jawapan berjela-jela 3 atau 4 muka surat tetapi markah 0. Tak ada isi tak menjawab soalan/isu.
Nampak sangat tanpa 'study' Salahudin nak cari 'publisiti' akhirnya membodoh diri sendiri dan menyerlahkan bahawa parti PAN adalah khadam DAP yang jual agama demi mendapat sokongan undi bukan Islam.
Tak payah bodek DAP,
Tak payah nak beli hati orang bukan Islam.
Tak payah nak jual agama sendiri....
Rakyat Malaysia sekarang sudah boleh berfikir matang.
Salahudin kena belajar dengan Datuk Huan Cheng Guan, bekas pimpinan DAP yang kini menyertai parti PCM. Apa yang Datuk Huan Cheng Guan kata??
Memandangkan Hannah Yeoh dalam buku beliau sendiri mengakui bahawa beliau dibantu oleh pihak kristian, ini membuktikan dengan sah bahawa terdapat kerjasama antara pihak gerakan Kristian di Malaysia dengan parti DAP. Lebih mengejutkan lagi, Hannah Yeoh sendiri mengakui bahawa :
“Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya, muka surat 110,” Becoming HannahOrang bukan Islam faham apa yang ditulis oleh Hannah Yeoh dalam buku 'Becoming Hannah'malangnya yang Salahudin Ayub membela Hannah Yeoh tanpa mengetahui isi kandungan buku demi menunjukkan PAN, parti akan berkhidmat menjadi KHADAM DAP untuk selama-lamanya sanggup menjual agama sendiri.
Adakah “Tuhan” yang dimaksudkan ini adalah Tuhan yang disembah oleh golongan Kristian iaitu Jesus Christ?
Selain itu, Hannah Yeoh wajar berterus – terang dengan rakyat Malaysia adakah lagi terdapat mana-mana pemimpin DAP yang dibantu oleh pihak kristian baik dari segi dana mahupun kempen, serta bagaimana mereka menggunakan kedudukan politik mereka untuk berdakwah mengenai agama Kristian seperti Joseph Lim Guan Eng, Teresa Kok dan lain – lain.
Lebai tak tahulah apa sikap puak IKRAM yang ada dalam parti PAN.. termasuk kawan baik lebai... dia faham tak isu ini?? Atau dia nak jual agama bersama Salahudin demi mendapat sedikit keuntungan pada PRU-14 nanti.
Sobat baru saja selesai membaca :
Hannah Yeoh: Lagi Bukti PAN Khadam DAP..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hannah Yeoh: Lagi Bukti PAN Khadam DAP.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hannah Yeoh: Lagi Bukti PAN Khadam DAP.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/hannah-yeoh-lagi-bukti-pan-khadam-dap.html