Judul : K'jaan PAP S'pura Tegang &Trauma Dengan Doa Ini..
link : K'jaan PAP S'pura Tegang &Trauma Dengan Doa Ini..
K'jaan PAP S'pura Tegang &Trauma Dengan Doa Ini..
Seorang imam di Singapura yang membacakan doa mengandungi kata-kata kurang sensitif terhadap Yahudi dan penganut Kristian, baru-baru ini memohon maaf di depan beberapa pemimpin agama hari ini, lapor Berita Harian Singapura.
Imam Masjid Jamae Chulia, Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik, 47, itu pada bulan lalu dilaporkan membaca satu doa dalam bahasa Arab yang berkata antara lain,
“Tuhan bantu kami menentang Yahudi dan Kristian”.
Nalla yang berasal dari Tamil Nadu dalam temu bual bersama akhbar itu hari ini berkata beliau menyesali perbuatannya dan akui doa tambahan itu sebenarnya tidak diambil daripada ayat Al-Quran, tetapi teks lama yang berasal dari kampungnya di India.
“Perbuatan saya tidak sejajar dengan etos dan naluri negara muda namun amat hebat ini,” katanya dipetik daripada Berita Harian Singapura.
Beliau membuat permohonan maaf itu dalam satu majlis tertutup di hadapan beberapa pemimpin agama termasuk Kristian. Katanya, beliau amat kesal kerana menyebabkan kesulitan, ketegangan dan trauma kepada negara itu.
Doanya yang dibuat selepas khutbah itu menjadi viral selepas video rakaman itu dimuat naik oleh Terence Nunis, seorang Muslim, hingga mencetuskan kekecohan dalam masyarakat Islam yang merasakan doa itu terkeluar daripada konteks Islam.
Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang K. Shanmugam sebelum ini dipetik berkata di Parlimen, polis sedang menyiasat imam itu dan semua pihak terbabit termasuk individu yang merakamkan dan menyebarkan video berkenaan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau parti PAP Malaysia berkuasa memerintah negara ini bersama balaci-balacinya, adakah begini juga cara tadbirnya?
Sobat baru saja selesai membaca :
K'jaan PAP S'pura Tegang &Trauma Dengan Doa Ini..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang K'jaan PAP S'pura Tegang &Trauma Dengan Doa Ini.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: K'jaan PAP S'pura Tegang &Trauma Dengan Doa Ini.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/04/kjaan-pap-spura-tegang-dengan-doa-ini.html