Judul : Kerana Arak (Dadah), Model Ini Jadi Pembunuh?
link : Kerana Arak (Dadah), Model Ini Jadi Pembunuh?
Kerana Arak (Dadah), Model Ini Jadi Pembunuh?
SUSPEK memakai baju lokap polis diiringi dua anggota polis untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Pulau Pinang semalam.
SEBERANG PERAI – Pemandu kereta Proton Gen 2 yang memandu melawan arus di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh di sini hingga menyebabkan kematian seorang lelaki kelmarin disahkan positif dadah jenis amphetamine serta di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.
Suspek yang juga merupakan model sambilan berusia 19 tahun itu juga mengaku baru pulang berparti di sebuah pusat hiburan dekat Bukit Mertajam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, siasatan polis mendapati suspek yang memandu dari arah Butterworth bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sebaik menghampiri Plaza Tol Sungai Dua.
“Hasil soal siasat, suspek mengatakan telah ternampak sebuah lori di hadapannya lalu membuat pusingan U. Pada masa itu, dia (suspek) berada di lorong tengah dan telah memandu secara melawan arus di lorong kanan lalu bergesel dengan dua buah kereta dan sebuah van.
“Suspek terus memandu dengan kelajuan dari 128 km/sejam hingga 134km/sejam iaitu pada jarak 5km sehingga berlaku pertembungan dengan kereta yang dipandu si mati (Mohamad Fandi),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Najis arak, termasuk dadah berfungsi menghlangkan akal. Mengapa akal yang baik dan sihat perlu dihilangkan? Jadi hilang akal. Itulah kebodohan manusia yang tiada bimbingan agama.
Sobat baru saja selesai membaca :
Kerana Arak (Dadah), Model Ini Jadi Pembunuh?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kerana Arak (Dadah), Model Ini Jadi Pembunuh? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kerana Arak (Dadah), Model Ini Jadi Pembunuh? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/03/kerana-arak-dadah-model-ini-jadi.html