Judul : Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM.
link : Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM.
Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM.
KL: SEORANG pelacur mengaku bersalah didenda hanya RM3000. Lepas itu seseorang di belakang pelacur itu membayarnya. Bayar sahaja, sebab malam nanti boleh kerja lagi ganti balik denda itu. Begitu mudahnya kisah pelacur di negara umat Islam Malaysia
Bahkan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengakui hukuman denda yang dikenakan sekarang kepada pesalah jenayah syariah terlalu rendah membuatkan pesalah tidak serik untuk mengulangi kesalahan yang sama, seperti kisah yang disebut di atas.
"Saya rasa apabila denda RM3000 tidak dapat hindar kesalahan sebab boleh buat lagi kerana tauke duduk di belakang. Dia (taukeh) tidak boleh didakwa sebab dia bukan Islam," katanya di dalam Bicara Harakah di MyHarakah Bazaar hari ini.
Tegasnya, peningkatan bidang kuasa Mahkamah Syariah amat perlu bagi memartabatkan undang-undang Islam meliputi akhlak dan iman di kalangan umat Islam.
Sementara itu, seorang lagi penalis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang juga mengakui denda yang dikenakan tidak akan memberi kesedaran dan kesilapan kepada tauke-tauke yang berada di belakang pesalah.
"Yang datang itu bukan atas kesedaran tetapi mengaku bersalah sebab hendak bayar denda, tidak mahu panjang cerita kerana kadar denda paling tinggi RM5000.
"Kalau mereka mungkin dalam keadaan tidak bersalah atau terperangkap supaya lalukan khalwat dan tahu tidak bersalah tetapi untuk pergi ke proses bicara akan mengambil masa lama dan kos lagi tinggi daripada membayar denda. Lebih baik bayar denda yang rendah dan membuat pengakuan bersalah," ujarnya.
Program Bicara Harakah yang bertajuk Pasca Himpunan 355, Syariah diperkasa rakyat sejahtera turut menjemput Exco Kelantan Datuk Dr Mohamed Fazli Hassan manakala moderatornya adalah Pengarah Institut Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof. (IH)
Pelacur di Malaysia bebas, bayar saja. Pelacur politik lain pula?

PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
Sobat baru saja selesai membaca :
Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/03/denda-melacur-hanya-rm3000-pesalah.html