Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam.

Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam.
link : Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam.

Baca juga


Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam.


REUTERS - ORANG ramai berhimpun di Montreal, Quebec kelmarin sebagai tanda sokongan kepada komuniti Islam Kanada.

OTTAWA, Kanada – Seorang pelajar universiti berketurunan Kanada-Perancis menjadi suspek tunggal insiden tembakan di sebuah masjid di Bandar Raya Quebec dan didakwa kerana melakukan pembunuhan te­rancang terhadap enam orang, kata pihak berkuasa Kanada semalam dalam kejadian yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Justin Trudeau sebagai serangan pengganas.
Dokumen mahkamah mengenal pasti lelaki bersenjata dalam serangan pada Ahad lalu itu sebagai Alexandre Bissonnette. Dia berdepan enam tuduhan membunuh dan lima dakwaan cubaan membunuh dengan menggunakan senjata terlarang.
Bissonnette, 27, muncul di mahkamah tidak lama dan di bawah kawalan ketat. Pihak pendakwa raya berkata, semua bahan bukti masih belum disiapkan. Bissonnette yang merupakan seorang pelajar di Universiti Laval akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 21 Februari ini.
Tiada pertuduhan dibacakan, manakala Bissonnette juga tidak membuat sebarang pengakuan.
“Pendakwaan dibuat berdasarkan bukti yang diperoleh,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya, Thomas Jacques ketika ditanya mengapa Bissonnette tidak didakwa kerama melakukan keganasan.
Antara enam lelaki yang terbunuh dalam insiden itu termasuk seorang ahli farmasi, seorang profesor universiti dan seorang akauntan, demikian menurut polis Kanada.
Polis enggan menjelaskan motif serangan itu yang berlaku di Pusat Kebudayaan Islam Quebec atau dikenali sebagai Masjid Besar Quebec.
“Pihak berkuasa menganggap kes ini terpencil,” kata sumber tempatan.
Di Washington, pakar-pakar keselamatan Amerika Syarikat bagaimanapun menyifatkan serangan oleh lelaki bersenjata itu bermotifkan kebencian terhadap orang Islam.
Terdahulu, Trudeau melabel tragedi di Quebec sebagai serangan pengganas
“Tidak silap lagi, ini merupakan serangan pengganas,” katanya di Ottawa kelmarin.
Kanada mempunyai seramai satu juta penduduk beragama Islam. – Reuters


Sobat baru saja selesai membaca :

Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Suspek Pengganas Serang Masjid Bermotif Benci Islam. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/02/suspek-pengganas-serang-masjid-bermotif.html

Subscribe to receive free email updates: