Judul : 3 Lelaki Dituduh Militan Ditahan.
link : 3 Lelaki Dituduh Militan Ditahan.
3 Lelaki Dituduh Militan Ditahan.
KUALA LUMPUR – Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga individu termasuk seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh.
Kesemua suspek itu ditahan dalam satu operasi khas di ibu negara dan Pahang bermula 27 Januari hingga Ahad lalu. Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua senjata api termasuk satu senapang angin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang penganggur yang membuat ugutan untuk melancarkan serangan bom ke atas Jabatan Mufti Negeri Sembilan berikutan mendakwa jabatan tersebut tidak mengikut syariat Islam antara ditahan.
“Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan Ahad lalu di Kuala Lumpur dan ketika tangkapan dibuat suspek mengaku menyokong kumpulan militan Daesh.
“Dua hari sebelum suspek ditahan, dia (suspek) membuat ugutan bunuh dan mengugut akan melancarkan serangan bom di ibu negara menerusi akaun Facebook miliknya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam. (kOSMO!)
Sobat baru saja selesai membaca :
3 Lelaki Dituduh Militan Ditahan.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 3 Lelaki Dituduh Militan Ditahan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 3 Lelaki Dituduh Militan Ditahan. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/02/3-lelaki-dituduh-militan-ditahan.html