Judul : Ulama Pas Iringi Menteri UMNO Ke London.. Kenapa?
link : Ulama Pas Iringi Menteri UMNO Ke London.. Kenapa?
Ulama Pas Iringi Menteri UMNO Ke London.. Kenapa?
"Terbang ke London bukan untuk menghantar surat saman Pas berhubung isu laporan portal Sarawak Report tetapi rupa-rupanya makan angin dengan menteri Umno-BN..."
Itu antara reaksi netizen selepas tersebarnya gambar seorang pemimpin Pas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom di media sosial dalam satu program anjuran pertubuhan di bawah Umno, Badan Perhubungan Negara United Kingdom (BPN UK). Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas, Dr Khairuddin Aman Razali di London pada 27 Disember lalu dikatakan bagi majlis penerangan berkaitan usul pindaan Akta 355. Pindaan berkenaan yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu bagi meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan. Semakan Malaysia Dateline di laman rasmi Facebook, Kelab Umno Luar Negara (UK) mendapati poster program tersebut memaklumkan slot "Teh Tarik Session" itu diadakan di Malaysia Hall. Walau bagaimanapun, kehadiran pemimpin Pas dalam program tersebut dilihat banyak pihak menguatkan lagi tanggapan tentang kerjasama politik antara parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Gandingan pemimpin Pas dan Umno dalam program itu juga berlangsung ketika rakyat di negara ini menempuh tahun 2016 dengan bebanan kenaikan mendadak kos sara hidup yang gagal ditangani kerajaan BN selain kes menjolok mata membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mengulas kehadiran Khairuddin dan pengisian program itu, blogger Shahbudin turut melontarkan pelbagai soalan termasuk menyentuh tiadanya aktiviti penjelasan pindaan Akta 355 di Malaysia sebelum ini. "Kenapa tidak pernah diadakan 'sesi teh tarik' membincangkan akta yang sama di dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir sendiri? "Adakah semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak perlu diadakan sesi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak sesedap teh tarik di kota London?" bidasnya sinis dipetik daripada blog beliau. Shahbudin turut bertanyakan sesi serupa kepada parti-parti komponen BN yang umum diketahui menentang pindaan peruntukan yang bertujuan menambah baik institusi Mahkamah Syariah itu. "Bila pula Jamil Khir mahu mengadakan 'sesi teh tarik' dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang masih menentang Akta 355 itu?" soalnya lagi. Polemik tentang pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 itu menyaksikan pemimpin Pas bertegas mahu mengemukakannya sebagai usul pensendirian walaupun pihak kerajaan yang lebih wajar berbuat demikian. Namun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada 24 November lalu, meminta proses huraian bagi cadangan RUU 355 ditangguhkan sehingga sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan alasan masih ada pihak tertentu yang keliru. Untuk rekod, Rang Undang-undang persendirian meminda Akta 355 itu telah dipercepat di Parlimen pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Walau bagaimanapun, Abdul Hadi pada hari terakhir sidang parlimen untuk sesi itu memohon perbahasan itu ditangguhkan pula ke sesi seterusnya ketika membacakan cadangan pindaan berkenaan. Selepas dua kali Hadi meminta penangguhan, akhirnya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat 'menamatkan' seketika polemik dalam masa sama mengheret pertelagahan antara penyokong Pas dan AMANAH. Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016, 1 Disember lalu, Najib memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan memandangkan ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.
Sobat baru saja selesai membaca :
Ulama Pas Iringi Menteri UMNO Ke London.. Kenapa?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ulama Pas Iringi Menteri UMNO Ke London.. Kenapa? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ulama Pas Iringi Menteri UMNO Ke London.. Kenapa? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/ulama-pas-iringi-menteri-umno-ke-london.html