Judul : Turki Tolak NATO Buktikan Politik Presiden PAS Betul.
link : Turki Tolak NATO Buktikan Politik Presiden PAS Betul.
Turki Tolak NATO Buktikan Politik Presiden PAS Betul.
Oleh: senik
Assalamualaikum....
Agak tersentah juga mendengar berita bahawa Turki sudah menolak Nato dan berpaling kepada Rusia dan Iran untuk mengerakkan proses menyelamatkan umat Islam Syria.
Rusia dan Iran yang dituduh kaw kaw oleh PAN dan gerombolang pencacainya sebagai pemusnah kedaulatan Syria dan menyebabkan terjadinya serangan besar besaran kepada TGHH oleh parti Islam PAN ini dan turut diserabutkan oleh mempelam Manis bernama Syed Azman.
Semuanya mahu menyalahkan TGHH hadir di Taheran untuk muktamar perpaduan umah yang bukan dianjurkan oleh kerajaan Iran, kononnya TGHH menyokong keganasan yang dijaja Iran di Syria. Nah sekarang lihatlah betapa Turki sebuah negara Islam yang disanjung oleh PAN sudah mengambil langkah yang sama dengan TGHH sekaligus membuktikan TGHH betul, PAN yang mengada ada termasuk Syed Azman.
Turki menyedari peranan Nato dan Amerika dalam krisis timur tengah menerusi sekutunya Arab Saudi dan Qatar sama seperti TGHH menyedari Persatuan ulamak mungkin dipengaruhi oleh Amerika sejak Sheikh Yusof Qardawi berpindah ke Qatar.Jadi janggal untuk Syed Azman memetik teguran Sheikh Yusof Qardawi kepada TGHH untuk menyatakan TGHH buat keputusan yang silap, sepatutnya dia mendengar dulu penjelasan TGHH bahawa mungkin bukan Syiekh Yusof yang membuat teguran itu tetapi orang lain yang menggunakan nama Sheikh Yusof.
Apa Syed Azman tidak faham maksud TGHH yang menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sebagai naib ketua ulamak? Itu maknanya sudah ada tanda tanda persatuan Ulamak dicemari oleh campurtangan asing, itu pun tak faham, atau sebenarnya Syed Azman hanya nak menunjukkan kolor mempelam manisnya?
Kenapa Turki tiba tiba menoleh kepada Rusia dan Iran? Kenapa pemimpin Turki, Erdogan yang disanjung hebat oleh PAN tidak membantah kehadiran TGHH di Taheran tetapi sebaliknya hanya dengan masa yang singkat mengambil keputusan meninggalkan Nato dan Amerika dan memalingkan mukanya kepada Rusia dan Iran.
Kenapa Turki tiba tiba menyedari Nato dan Amerika tidak membantu masalah Syria sebaliknya terus membiarkan rakyat Syria dibunuh dan menyedari hanya Rusia dan Iran yang mampu menghentikan segala kemusnahan di Syria? Tak mungkin PAN tidak nampak peranan yang dimainkan oleh TGHH serta ucapannya di Taheran membuka mata Turki untuk bertindak.
TGHH tidak pergi ke Iran untuk berunding dengan Iran tetapi TGHH menyimpan harapan agar seruanya disahut oleh negara Islam lain dan kini Turki mendengar TGHH dan melupakan segala kutukan yang dilemparkan oleh penyanjung utamanya PAN.
Jadi bagaimana, nak bermain lagi wahai pencacai PAN? Permainan yang mengandungi lawak boleh didengar dalam kes Turki ini di mana ada raja lawak berkata dia menyokong rundingan Turki ini dan gembira rundingan tidak diadakan di Taheran? Bukankah itu kelakar? Sya tinggalkan untuk pembaca sekelian menilai dan memberi markah kelakarnya...........
"
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Lampiran
Disertakan di sini cabutan dari transkrip penjelasan isu Syria oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam temubual bersama media pada 23 Disember 2016, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu disediakan wartawan Harakah Izwan Abdul Halim.
Dan kita melihat bagaimana Turki sudah mengubah dia punya (pendirian) ke Arab Barat, sekarang ini baik dengan Rusia dan Iran kerana mengetahui percaturan politik yang berlaku di Asia Barat. Ya?
Dato' Seri, apa, yang apa, Dato' Seri pergi hadir ke Tehran baru ini kan? So, ada banyak yang kritik la, kata Dato' Seri pergi tidak tepat pada masanya, satu lagi macam Kesatuan Ulamak, Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri pun kata dia tidak atas, Dato' Seri pergi atas kapasiti peribadi bukan atas (KUIS) itulah.
Saya menjadi ahli Majma' Taqrib yang ditubuhkan tahun 1980, dan saya hadir program tahunan di situ, kecuali saya uzur saya tak pergi, bukan kali pertama saya hadir. Dan saya hadir di situ dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu. Dan saya kritik Iran, kena baca ucapan saya di Tehran apa ucapan saya.
Ucapan saya, saya tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan pengaruh dengan Barat ataupun Timur, apa yang itu ialah kepentingan Islam, dan bila ada desakan ini, saya dah tulis surat kepada Kesatuan Ulamak Sedunia, bahawa itu pendirian saya. Saya tak terpengaruh dengan dasar Qatar, dengan dasar Saudi, dengan dasar Emirate.
Apa lagi saya terkilan dengan Persidangan Negara Teluk dua minggu yang lalu, disertai oleh Perdana Menteri British. Apa kedudukan Perdana Menteri British? Adakah British ini anggota Negara Teluk? Mengapa hadir dalam sidang ini? Sidang ini membuat resolusi untuk bersama menentang Iran, bukan menentang Israel, (tetapi) menentang Iran, ini apa makna? Ini satu benda yang sangat kacau di Asia Barat.
Apa lagi dengan yang saya sebut dalam perkara yang pertama tadi, dan saya ada pendirian. PAS ada pendirian PAS sendiri. Dalam Perang Teluk yang pertama dulu, tahun 1980, Iraq menyerang Iran, di masa itu PAS bersama dengan Iran dan menyokong Iran. Semua negara Arab kecuali sedikit menyokong Iraq dan beberapa kumpulan Islam menuduh PAS terpengaruh dengan Syiah.
Bila Saddam Hussein berpaling tadah menyerang Kuwait, dan negara Arab menjemput Amerika, kita dijemput balik untuk ikut mereka, kita ada pendirian kita, kita adalah Sunni, tidak Syiah. Kita membaca politik antarabangsa bukan politik yang sempit, yang tengok satu masa berlaku itu sahaja, kita baca semua, ini.
Dato' Seri, macam mana dengan kunjungan ke Tehran itu mendapat kecaman Presiden KUIS sendiri, al-Qardhawi, so apa?
Saya dah tulis surat, dan saya bersedia untuk letak jawatan, dan saya pegang jawatan itu bukan saya minta, saya tak minta jawatan, dia lantik saya, saya tak hadir pun muktamar dia, saya bersedia.
Tapi kiranya dia ada berhubung secara peribadi dengan Dato' Seri?
Saya tulis surat, cukup dengan surat saya itu, beliau uzur, beliau uzur, telinga tak dengar, mata tak berapa nampak, saya tak tahu kenyataan dia itu benar ataupun tidak.
Melalui facebook pula itu kan?
Saya tak tahu, tak tahu, beliau uzur. Beliau uzur, dan telinganya tak dengar, dan guna alat pun payah, dan mata pun tak nampak, saya tak tahu adakah daripada beliau (atau) daripada orang lain.
Surat itu dihantar bila ya? Ya Dato' Seri, surat itu dihantar bila ya?
Surat saya? Surat saya 4 hari lepas.
Empat hari lepas, kali terakhir Dato' Seri?
Saya hantar kepada Setiausaha Agung Kesatuan supaya dibaca oleh mereka. Dan setahu saya, seorang sahaja yang tulis surat supaya .... saya itu. Yang lain senyap, tak kata apa. Seorang sahaja, duduk di UK, dia ini jadi Rektor kepada Universiti di Ireland, universiti dibiayai oleh Negara Teluk. Barangkali dia bekerja dengan Negara Teluklah, yang ini sahaja, yang lain senyap tak kata apa.
Dato' Seri, mengenai dengan kesihatan al-Qardhawi itu, daripada mana Dato' Seri dimaklumkan yang dia dah berapa lama dia dah tak sihat?
Saya jumpa dia, memang jumpa yang terakhir baru 2, 3 bulan lepas, memang. Dan saya terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat, kerana beliau tidak menjadi pengerusi mesyuarat itu. Yang lain pun uzur, tua-tua semua, banyak uzur. Itu
Rasa berat hati tak dengan keputusan untuk meninggalkan KUIS?
Saya mahu supaya Kesatuan Ulamak ada pendirian dia sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar, dipengaruhi oleh mana-mana negara, kena ada pendirian dia sendiri. Dan saya juga dijemput oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar bahawa 30 peratus rakyat Iran adalah Sunni. 30 peratus adalah Sunni. Berapa juta, daripada 30 peratus itu orang Sunni. Yang hadir muktamar itu banyak sebahagian besarnya adalah ulama-ulama Sunni daripada Iran. Apa kita nak letakkan kedudukan mereka?
Pasal Syria itulah, pasal ada keadaan....
Syria itu perkara, kita boleh tumpu kepada masalah-masalah Palestin, masalah-masalah Palestin, masalah budaya mengkafirkan antara satu sama lain, dan masalah isu minoriti Islam termasuk Rohingnya, itu sahaja. Ya, ya? – HARAKAHDAILY 23/12/2016
Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.
Sobat baru saja selesai membaca :
Turki Tolak NATO Buktikan Politik Presiden PAS Betul.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Turki Tolak NATO Buktikan Politik Presiden PAS Betul. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Turki Tolak NATO Buktikan Politik Presiden PAS Betul. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/turki-tolak-nato-buktikan-politik.html