Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta.

Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta.
link : Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta.

Baca juga


Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta.


 Awang Mohd. Tahir (depan, kiri) dan Lam Beng (belakang kiri) menutup muka bagi mengelak wajah mereka dirakamkan di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Seorang bekas Pengarah Jabatan Air Sabah (JAS), isterinya serta Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap 37 tuduhan menyeleweng dana infrastruktur melibatkan wang tunai RM61.48 juta serta simpanan bank selain memiliki secara salah barangan mewah.
Bekas pengarah itu, Awang Mohd. Tahir Mohd. Talib, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 kesalahan melakukan pe­ngubahan wang haram berjumlah RM56.9 juta dan memiliki pelbagai jam tangan serta ken­deraan mewah yang menyalahi undang-undang.
Dia juga me­ngaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas.
Fauziah turut dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang sebanyak RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.
Seorang lagi tertuduh, Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai berjumlah RM2.38 juta.
Sedikit Mengenai Rasuah..
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
  • "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah : 188)
Disebutkan dalam hadis yang bermaksud: 
  • "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" (Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
 Takrif Rasuah dan Sogokan
 
1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

2)  Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

3)  Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

5) Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

6) Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

7) Apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian.

Lihat..Tawaran kerja di Korea Selatan & Australia.


Sobat baru saja selesai membaca :

Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Rasuah:Dituduh Seleweng RM61.48 Juta. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/rasuahdituduh-seleweng-rm6148-juta.html

Subscribe to receive free email updates: