Judul : Myanmar Dakwa Kenyataan Najib Tidak Berasas
link : Myanmar Dakwa Kenyataan Najib Tidak Berasas
Myanmar Dakwa Kenyataan Najib Tidak Berasas
Menteri hal ehwal luar Myanmar U Kyaw Tin memanggil Duta Besar Malaysia Mohd Haniff Abd Rahman semalam bagi melahirkan rasa kesal ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengetuai perhimpunan solidariti Rohingya baru-baru ini.
U Kyaw Tin juga kecewa dengan kenyataan keras Najib yang menurutnya memetik dakwaan tidak disahkan dan tidak berasas terhadap kerajaan Myanmar, yang merupakan rakan negara anggota Asean.
"Menteri negeri ini juga menolak mentah-mentah tuduhan 'pembersihan etnik' dan 'pembunuhan beramai-ramai' yang jauh daripada realiti di sini.
"Kata-kata yang tidak bertanggungjawab seperti itu boleh memburukkan polarisasi yang sudah semakin mendalam antara dua masyarakat tersebut dan menghasut keganasan," kata Kementerian Luar Negeri Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.
Najib mengetuai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 4 Disember untuk membantah penindasan Myanmar terhadap Rohingya, di mana beliau turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Malaysiakini
Sobat baru saja selesai membaca :
Myanmar Dakwa Kenyataan Najib Tidak Berasas
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Myanmar Dakwa Kenyataan Najib Tidak Berasas dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Myanmar Dakwa Kenyataan Najib Tidak Berasas link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/myanmar-dakwa-kenyataan-najib-tidak.html