Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah?

Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah?
link : Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah?

Baca juga


Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah?


Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.

Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai penyokong Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang dilihat gemar beribadah dan menunaikan solat di beberapa masjid.

Ketika ditanya, sama ada penyebaran kenyataan tersebut serangan musuh politik, Shazni berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf kepada Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kenyataannya itu.

Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di dalam media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi raja-raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-Raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia. Itu dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini," katanya lapor Sinar


Sobat baru saja selesai membaca :

Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Mohd Faiz Yang Kritik Agong Tidak Dikenali Amanah? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/mohd-faiz-yang-kritik-agong-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :