Judul : Dah Tiba! Bicara Rasuah G/Eng Bermula 27 Mac Depan..
link : Dah Tiba! Bicara Rasuah G/Eng Bermula 27 Mac Depan..
Dah Tiba! Bicara Rasuah G/Eng Bermula 27 Mac Depan..
GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini hari ini menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon bermula 27 Mac 2017.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu sebaik pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen akhir sebelum 6 Januari depan.
"Minta pihak pendakwaan melengkapkan sepenuhnya dokumen sebanyak 13,000 halaman itu pada tarikh tersebut supaya kes berjalan dengan cepat.
"Perbicaraan kes ini akan bermula pada 27 Mac depan dan ia akan dijalankan lima hari selang seminggu sehingga 27 Julai 2017," katanya semasa prosiding tadi.
Mahkamah menetapkan kes pengurusan lanjutan pada 6 Januari 2017.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd. Daud. Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Li Koon. - K! ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Dah Tiba! Bicara Rasuah G/Eng Bermula 27 Mac Depan..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dah Tiba! Bicara Rasuah G/Eng Bermula 27 Mac Depan.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Dah Tiba! Bicara Rasuah G/Eng Bermula 27 Mac Depan.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/dah-tiba-bicara-rasuah-geng-bermula-27.html