Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin..

Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin..
link : Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin..

Baca juga


Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin..


OlehTuan Guru Hashim Jasin..

KERJASAMA adalah satu amalan mulia yang diperintahkan oleh Allah dalam kita menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Itulah mafhum daripada perintah Allah dalam Surah al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud: 

  • “Dan bertolong-tolonganlah di dalam perkara kebajikan (menegakkan makruf) dan takwa (meninggalkan mungkar)”.
Salah satu kerjasama yang penting ialah kerjasama politik atau disebut “Tahaluf Siyasi.” Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan contoh-contoh terbaik dalam melaksanakan kerjasama politik terutama dengan orang bukan Islam.

Ketika umat Islam diwajibkan bersatu padu di atas dasar Islam (hablillah), umat manusia secara umum diperintahkan supaya saling berkenalan (taaruf), yang menunjukkan perlunya ada hubungan kemanusiaan sesama insan.

Dalam sejarah, tahaluf yang berlaku dalam peristiwa al-Fudhul untuk menentang kezaliman, tahaluf dengan Abu Talib untuk melaksanakan dakwah, tahaluf dengan Muth’im bin Adi untuk memelihara keselamatan pendakwah, tahaluf dengan Yahudi dalam Sahifah Madinah untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan Madinah dan tahaluf dalam Perjanjian Raidhwan dengan Quraisy untuk diadakan gencatan senjata, telah menunjukkan bagaimana keharusan dan prinsip dalam tahaluf.

Adapun beberapa peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. menolak tahaluf dengan Abu Lahab untuk berkompromi tentang akidah, menolak tahaluf dengan Bani Amir kerana tidak mahu memberi komitmen untuk menyerah pemerintahan kepada orang tidak beriman dan menolak tahaluf dengan Bani Syaiban kerana mengelakkan gerakan Islam terjerumus ke dalam perangkap musuh, telah memberikan garis-garis sempadan dalam kita mengadakan hubungan atau kerjasama politik dengan pihak lain.

Satu prinsip terpenting dalam tahaluf siasi yang dilaksanakan ialah ia mesti memberikan keuntungan kepada Islam. Mustahil kita melakukan sesuatu tahaluf yang tidak menguntungkan, apatah lagi merugikan Islam Islam.

Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Muslim dan Abu Daud dari Jubair bin Muth’im yang bermaksud: 


  • “Tidak ada tahaluf dalam Islam dan setiap tahaluf yang dibuat semasa jahiliyyah, maka Islam menambahkan kekuatannya”.
Maka dalam hal ini, saya gariskan beberapa prinsip asas yang mesti menjadi panduan setiap kali kita membawa cadangan untuk melakukan kerjasama politik. 

Pertama, Islam hendaklah menjadi pemimpin dalam kerjasama politik. Tidak boleh sama sekali Islam dipimpin. Sesiapa yang mempunyai kecenderungan untuk bersamasama dengan PAS, mesti menerima PAS sebagai pemimpin.

Kedua, kerjasama mestilah dibuat atas dasar Islam. Dasar-dasar lain yang bercanggah dengan Islam tidak boleh diterima dalam kerjasama politik. Kita mungkin boleh bertolak ansur untuk menerima “persepakatan” dalam kepentingan bersama yang selari dengan Islam seperti menentang kezaliman, mencegah rasuah dan seumpamanya.

Tetapi kita tidak akan bertolak ansur untuk menggadai dasar Islam. 


Ketiga, semua kerjasama yang dirangka mesti membawa keuntungan kepada Islam. Kerjasama yang terang-terangan merugikan Islam, mencabar kemuliaan Islam atau menentang Islam tidak akan wujud sama sekali.

Sebagai sebuah gerakan Islam, apabila kita mahu menjadikan tahaluf sebagai satu srategi politik, maka kita mesti memastikan ia berjalan mengikut landasan syariat. Tidak boleh kita berhujah semata-mata atas dasar “diluluskan oleh Muktamar.” Kerana Muktamar PAS sendiri adalah terikat dengan sumber hukum PAS iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias. Segala keputusan Muktamar PAS yang bercanggah dengan sumber hukum atau pelaksanaannya yang menyanggahi sumber hukum, maka ia adalah terbatal dengan sendirinya.

Dalam konteks ini, setiap ahli PAS mesti sedar bahawa tahaluf berdiri di atas beberapa syarat antaranya membawa maslahat dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip; mengakui kepemimpinan Islam dan tidak menjejaskan prinsip perjuangan; tidak berwalak kepada sekutu pakatan dan tidak reda dengan pegangan mereka.

Pengalaman PAS dalam mengadakan tahaluf sejak 1973 telah mewarnai pendirian kita dalam tahaluf bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Kita telah bersama Barisan Nasional (BN) (1973-1977), Harakah Keadilan Rakyat (HAK) (1986), Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) (1988-1996), Barisan Alternatif (BA) (1998-2008), Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015), dan kini kita memimpin Gagasan Sejahtera untuk menyatukan kekuatan pembangkang mengikut prinsip tahaluf yang digariskan oleh Islam.

PAS sentiasa terbuka untuk menerima semua kumpulan Islam supaya bersatu di bawah Gagasan Sejahtera berdasarkan prinsip Islam. PAS juga boleh menerima mana-mana kumpulan bukan Islam yang bersedia untuk menerima kepemimpinan Islam, mengakui perjuangan Islam dan sanggup untuk bersama-sama mempertahankan Islam. Tidak ada ruang kerjasama bagi kumpulan yang menentang dan mengkhianati Islam! 

HARAKAHDAILY 21/11/2016


Sobat baru saja selesai membaca :

Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tahaluf: Kerjasama Dengan BN, Ini 3 Syarat -Tuan Guru Hashim Jasin.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/11/tahaluf-kerjasama-dengan-bn-ini-3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :