Judul : RM15 Juta, Dakwaan Pecah Amanah Bank Rakyat.
link : RM15 Juta, Dakwaan Pecah Amanah Bank Rakyat.
RM15 Juta, Dakwaan Pecah Amanah Bank Rakyat.
Kes dakwaan pecah amanah hampir RM15 juta Bank Rakyat yang menarik perhatian umum telah sampai ke puncaknya Rabu bila Pengarah Urusan Datuk Mustafha Abd. Razak dan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Zainal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Mustapha mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap perbelajaan pemasaran kumpulan berjumlah hampir RM15 juta, Mac lalu.
Abdul Aziz turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan bersubahat melakukan perbuatan sama. Kedua-duanya antara individu yang ditahan berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku seorang tokoh pemimpin negara bernilai hampir RM15 juta.
Kedua mereka tiba di mahkamah jam 9.45 pagi diiringi oleh peguam masing-masing.Pecah amanah itu melibatkan dana penerbitan buku.
Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan Abdul Aziz yag berusia 65 tahun selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
Mustafha berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.- 7/9/2016 (AD)
Sobat baru saja selesai membaca :
RM15 Juta, Dakwaan Pecah Amanah Bank Rakyat.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RM15 Juta, Dakwaan Pecah Amanah Bank Rakyat. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: RM15 Juta, Dakwaan Pecah Amanah Bank Rakyat. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/rm15-juta-dakwaan-pecah-amanah-bank.html