Judul : Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR
link : Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR
Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR
ANALISIS yang dilakukan PKR mendapati pembangkang mungkin kecundang di Selangor tidak kira pilihan raya negeri diawalkan atau sebaliknya. Keadaan itu akan berlaku jika pembangkang gagal mencapai persefahaman dengan Pas di Selangor.
Penganalisis daripada PKR, Chan Ming Kai meramalkan PKR akan kehilangan tiga kerusi di Selangor, DAP (dua kerusi), Amanah (tiga kerusi) dan Pas (11 kerusi) jika pilihan raya di Selangor diawalkan. PKR mungkin kehilangan kerusi Ijok, Batu Tiga dan Kota Andalas manakala DAP berdepan laluan sukar di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru.
Ming Kai berkata, kejayaan pembangkang di Selangor pada 2008 dan 2013 didorong oleh taburan pengundi Cina di kawasan berlainan selain sokongan daripada pengundi bukan Cina.
"Pada 2008, cuma terdapat dua kawasan yang mempunyai lebih daripada 70 peratus pengundi Cina iaitu Seri Kembangan dan Damansara.
"Bukit Gasing dan Sungai Pinang pula mempunyai pengundi Cina yang menghampiri 70 peratus iaitu masing-masing 69 peratus dan 61 peratus," katanya.
Menurutnya, kejayaan Pas pada 2008 adalah banyak didorong oleh kejayaannya mendapat sokongan 50 peratus pengundi Cina.
"Pada 2013 pula, kerusi Pas melonjak daripada tujuh kepada 15 selepas mendapat sokongan kira-kira 40 peratus pengundi Cina," katanya.
Menurutnya lagi, persempadanan semula akan menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kerusi pembangkang mengalami penurunan jumlah pengundi Cina.
Katanya, keadaan itu berlaku kerana pengundi Cina akan dipindahkan ke dalam kawasan DAP. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Biro Politik PKR telah menolak cadangan DAP untuk mengawalkan pilihan raya negeri.
Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah menjelaskan perkara itu kepada ahli parti dan ia diterima sebulat suara oleh Biro Politik PKR.
Antara penjelasan Azmin ialah keperluan perbincangan dengan Pas bagi mengelakkan pertarungan tiga penjuru. (IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pembangkang Kalah Di S'gor Tanpa PAS - Analisis Parti PKR link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/pembangkang-kalah-di-sgor-tanpa-pas.html