Judul : Isu Uber, Grabcar: Kerajaan Jangan Terlepas Pandang..
link : Isu Uber, Grabcar: Kerajaan Jangan Terlepas Pandang..
Isu Uber, Grabcar: Kerajaan Jangan Terlepas Pandang..
KUALA LUMPUR: Kerajaan harus berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam industri teksi tempatan khususnya para pemandu.
Berikut adalah tinjauan yang telah dilakukan sekitar stesen LRT Titiwangsa pada 19 September yang lalu. Pemandu teksi bernama Yusnawati Ajizar merupakan seorang ibu tunggal beranak lima yang berusia 60 tahun. Beliau sudah bekerja sebagai pemandu teksi selama 13 tahun.
"Sebelum wujudnya Uber dan Grabcar, saya memang boleh cari makan malah boleh tolong anak-anak apabila mereka memerlukan bantuan kewangan.
Saya pernah belikan sebuah teksi khas khusus di lapangan terbang untuk kegunaan anak bongsu. Namun dengan kesempitan hidup sekarang, saya tidak mampu untuk membantu mereka lagi," luah beliau ketika ditemubual pada 19 September lalu.
Menurut beliau, jadualnya bermula seawal jam 7 pagi hinggalah ke 7 malam. Dengan adanya perkhidmatan teksi tersebut, secara automatik para pelancong asing tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatan teksi tempatan. Sudah kerap kali saya terserempak mereka guna perkhidmatan teksi tersebut, katanya.
Apabila ditanya mengenai alasan para pelancong tersebut, Yusnawati tidak menafikan bahawa ia berkait rapat dengan mutu perkhidmatan teksi tempatan itu sendiri.
"Terdahulu para penumpang terutama warga asing kerap merungut dek kerana nilai tambang dari Bukit Bintang ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang tidak munasabah.
“Nilai meter menunjukkan RM8 untuk jarak tersebut tetapi pemandu teksi tempatan mengenakan tambang di antara RM25 ke RM30. Mereka juga tidak menghiraukan para pelancong jika tidak mahu menggunakan perkhidmatan teksi tempatan sedangkan mereka sendiri tidak menggunakan meter yang sepatutnya. Saya pernah membawa penumpang berbangsa Arab dari Hotel Renaissance ke Chinatown, mereka meminta supaya nilai tambang dikurangkan kepada RM5 dan saya bersetuju.

“Seorang rakan pemandu teksi mempersoalkan tindakan saya mengenakan tambang yang terlalu murah. Bagi saya, terpulanglah kepada individu itu sendiri. Agama Islam mengajar saya bertolak-ansur seperti itu malah saya percaya bahawa agama lain pun begitu juga. Saya sudah biasa menggunakan meter, memang murahlah tambang yang dikenakan dan cara saya bekerja sudah memang sebegitu," jelas beliau.
Yusnawati turut mengulas tentang punca utama wujudnya Uber dan GrabCar adalah kerana kesukaran para pelancong asing mendapatkan teksi yang mengikut peraturan dengan menggunakan meter. Namun begitu, masalah tetap timbul apabila mereka ini tidak dikenakan peraturan sepertimana yang kerajaan kenakan kepada para pemandu teksi tempatan.
"Pendapatan para pemandu teksi yang cara bekerjanya seperti saya, memang terjejas. Biasanya 3 kali seminggu saya boleh mendapat penumpang yang hendak ke lapangan terbang. Keadaan sangat berbeza sekarang kerana dalam jangkamasa 3 bulan, satu 'trip' ke KLIA pun susah hendak dapat. Apa tidaknya, Uber dan Grabcar hanya mengenakan RM65 untuk ke sana sedangkan pemandu teksi bermeter mengenakan tambang RM80 jika ditambah dengan nilai tol. Sudah jelas bahawa orang ramai akan lebih gemar memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana ia murah, mudah dilayari di internet dan harganya yang tetap," ucapnya dengan nada kesal.
Beliau amat bersetuju jika nasib para pemandu teksi tempatan ini dibela. Katanya, terdapat juga khabar angin mengatakan nilai meter per km akan diturunkan.
Bagaimana kami hendak meneruskan hidup dengan kos yang semakin tinggi? Dengan nilai RM3 setiap km ini pun kami sudah sengsara, apalagi kalau nilai tersebut turun?
Ditambah lagi keadaan ekonomi yang tidak stabil serta nilai GST 20% yang membebankan kami rakyat marhaen pada hari ini.
"Kami para pemandu teksi amat sedih dengan kewujudan Uber dan Grabcar ini. Bayangkan perasaan kami, hajat di hati ingin mengambil para penumpang di hentian bas, namun sudah ada teksi tersebut menunggu mereka. Kami pula hanya mampu tengok keadaan tersebut. Saya amat berharap agar perkhidmatan teksi tempatan kembali pulih seperti biasa. Jika susah hendak cari makan, bagaimana kami hendak menyara keluarga? Warga emas seperti saya ini, manalah boleh tengok anak sendiri hidup dalam keadaan susah," kata Yusnawati lagi.
Turut ditemui pada tempat dan tarikh yang sama adalah Nalathambi A/L Subramaniam yang berusia 55 tahun, mempunyai 4 orang anak dan telah memandu teksi selama 25 tahun di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
"Saya tidak bersetuju dengan kewujudan Uber dan Grabcar kerana kerajaan telah memberikan permit kepada teksi tempatan. Enam bulan sekali teksi akan menjalani pemeriksaan PUSPAKOM, pemandu teksi sendiri harus menjalani pemeriksaan kesihatan daripada doktor untuk pengesahan lesen dan sebagainya. Teksi mereka ini pula tidak menggunakan meter.
“Apabila pemandu teksi tempatan tidak menggunakan meter, pihak berkuasa pula menyalahkan kita. Keadaan sekarang sudah terbalik, perkhidmatan teksi ini sendiri tidak menggunakan meter tetapi masih dibenarkan beroperasi. Pendapatan kami turut terjejas selepas wujudnya para pesaing seperti mereka," kata beliau.
Beliau menjelaskan bahawa dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini, kesan amat dirasai oleh para pemandu teksi. Sebelum itu katanya, keadaan masih belum ketara sepertimana yang berlaku pada hari ini. Anda sendiri boleh nampak, banyak teksi tempatan yang sedang menunggu penumpang tanpa bergerak ke mana-mana destinasi, jelasnya lagi.
"Kerajaan perlu buat suatu perubahan kepada semua pemandu teksi. Kami para pemandu teksi tempatan tidak mahu Uber dan Grabcar terlalu berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan harian. Berlaku adillah kepada semua pihak agar sama-sama dapat mencari rezeki, membangunkan negara dan dalam masa yang sama kita dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Sekarang dalam masa 12 jam, kadang-kadang 14 jam kami bekerja dan tidak dapat bersama keluarga. Masa untuk keluarga sangat terhad demi mencari sesuap nasi untuk mereka," jelas Nalathambi.
Sebagai rakyat Malaysia, beliau turut memohon agar kerajaan dapat mengambil langkah terbaik bagi membela nasib para pemandu teksi tempatan. Pendapatannya sekarang tidak lagi mencukupi untuk menyara keluarga dan malah dirinya sendiri. Hal ini kerana para pelancong asing sudah jarang menggunakan perkhidmatan teksi tempatan.
Walaupun tiga daripada empat anak saya sudah bekerja, saya tidak mahu membebankan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab masing-masing dan pendapatan mereka juga harus disimpan demi menjaga masa depan, ulas beliau.
"Kalau boleh, sekat terus perkhidmatan mereka. Saya sendiri pernah ternampak para pemandu Uber ini terdiri daripada warga asing seperti Pakistan, Bangladesh, Nigeria. Ternyata perkhidmatan teksi ini tidak terhad kepada rakyat tempatan sahaja. Langkah kerajaan mahu memajukan negara pada hari ini tidak tepat atau langsung tidak kena pada tempatnya malah ianya tidak boleh diterima oleh rakyat. Saya tahu zaman sekarang susah hendak mencari pekerjaan namun kerajaan harus memikirkan nasib para pemandu teksi tempatan yang sudah lama berada dalam industri ini sejak sekian lama," seru Nalathambi.
– HARAKAHDAILY 21/9/2016
Sobat baru saja selesai membaca :
Isu Uber, Grabcar: Kerajaan Jangan Terlepas Pandang..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Isu Uber, Grabcar: Kerajaan Jangan Terlepas Pandang.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Isu Uber, Grabcar: Kerajaan Jangan Terlepas Pandang.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/isu-uber-grabcar-kerajaan-jangan.html