Judul : ADUN DAP Akui Pernah Dimaklumkan Bapanya Terima Rasuah Setahun Lalu
link : ADUN DAP Akui Pernah Dimaklumkan Bapanya Terima Rasuah Setahun Lalu
ADUN DAP Akui Pernah Dimaklumkan Bapanya Terima Rasuah Setahun Lalu
Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim mengakui pernah menerima panggilan telefon daripada Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi lebih setahun lalu memaklumkan bapanya menerima rasuah untuk permohonan rumah mampu milik.
Bagaimanapun, katanya, beliau sudah lupa perbualan mereka berdua pada tahun lalu dan tidak mengambil serius dakwaan itu kerana Liew daripada parti lawan.
“Ketika itu, dia kata kenal keluarga saya dan suami saya, kemudian kata ayah saya ‘buat hal’ di luar.
“Saya kata perlu memahami apa yang sudah berlaku, kerana saya tidak tahu apa yang berlaku dan dia pula ialah orang PCM,” kata Siew Khim kepada China Press ketika beliau mengunjungi pejabat akhbar berbahasa Cina itu semalam.
Perbualan Siew Khim dengan wartawan China Press itu dirakamkan dan dimuat naik ke chinapress.com.my.
Wakil rakyat DAP itu dipalit kontroversi, susulan pendedahan klip video pertama pada Ahad minggu lalu menunjukkan rundingan antara bapanya, Lim Keat Seong dan pemohon rumah mampu milik yang menuntut wang mereka dikembalikan.
Ketika itu, Siew Khim menjelaskan beliau tidak tahu dan tidak terbabit dalam kegiatan rasuah bapanya.
Semalam, satu lagi klip video selama 3 minit muncul menunjukkan seorang individu mendakwa jurucakap kepada pelanggan terkilan, menghubungi Siew Khim dan bercakap dengannya hampir 8 minit.
Siew Khim berkata, beliau tahu orang tengah dalam klip video pertama itu ialah Liew dan klip itu dirakamkan lelaki terbabit kerana beliau cam suara Liew memandangkan mereka adalah jiran dan akan bertegur sapa setiap kali berjumpa.
Liew ketika dihubungi China Press bagaimanapun enggan mengulas dan memberi alasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggilnya untuk mengambil keterangan.
Dalam pada itu, Siew Khim mengakui bapanya yang kini ditahan reman atas dakwaan menerima sogokan untuk rumah mampu milik sering menimbulkan masalah sejak beliau kecil lagi.
Beliau turut mengesahkan pemuda berbaju merah yang muncul dalam klip video pertama itu ialah sepupunya, Ong Hock Hin yang dianggap adiknya kerana dibesarkan keluarganya sejak kecil lagi, tetapi tidak tahu kenapa dia ada bersama bapanya ketika itu.
“Secara jujurnya, saya sangat sibuk. Adik tidak beritahu saya banyak perkara, seperti saya tidak beritahu banyak perkara kepada ibu saya, kerana tidak mahu beliau bimbang,” katanya.
Wanita itu berkata, adiknya juga pernah mendengar khabar angin mengenai bapanya ‘membuat hal’ di luar dan akan mengadu kepadanya.
Tetapi, setiap kali mereka bertanya mengenai khabar angin itu, pesara berusia 68 tahun itu akan berkata:
“Suruh mereka datang cari saya, cari awak buat apa? Awak sering dengar orang cakap apa, saya cakap tidak buat, maknanya tak buatlah”.
“Ayah saya buat hal sejak dahulu lagi. Saya anggap ia seperti makan nasi dan minum air.
“Saya tidak terbabit dengan kegiatan dia. Ini jelas adalah komplot yang sasarkan saya. kalau betul orang tengah itu hendak membantu pengadu menegakkan keadilan, dia patut bawa mereka membuat laporan di balai polis,” katanya yang pernah cuba menghubungi bapanya selepas klip video pertama didedahkan, namun lelaki itu bertindak menutup telefon bimbitnya.
Beliau berkata, tiada mangsa yang pernah bersemuka dengannya dan beliau tidak mempunyai maklumat saksi untuk membuat laporan polis.
Jumaat lalu, perintah reman tujuh hari dikeluarkan ke atas Keat Seong kerana didakwa terbabit dalam skandal “rasuah untuk rumah mampu milik”, selepas dia menyerah diri di pejabat SPRM sehari sebelumnya lapor FMT
Sobat baru saja selesai membaca :
ADUN DAP Akui Pernah Dimaklumkan Bapanya Terima Rasuah Setahun Lalu
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang ADUN DAP Akui Pernah Dimaklumkan Bapanya Terima Rasuah Setahun Lalu dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: ADUN DAP Akui Pernah Dimaklumkan Bapanya Terima Rasuah Setahun Lalu link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/adun-dap-akui-pernah-dimaklumkan.html