Judul : Mahathir Dengan Pelbagai Masalah
link : Mahathir Dengan Pelbagai Masalah
Mahathir Dengan Pelbagai Masalah
Dalam artikel yang bertajuk ‘What will Mahathir’s final move be?’,, Kita bercakap tentang bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Walau bagaimanapun, Mahathir mengambil masa kurang daripada tiga tahun untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun kini sudah lebih daripada tiga tahun dan Najib nampaknya tidak bersedia untuk berundur.
Perkara ini yang menjengkelkan Mahathir. Najib sepatutnya telah digulingkan pada Julai 2015 dan kini sudah Ogos 2016 dan Najib masih di pejabat. Najib dilihat akan masih berada dipejabatnya pada 2018 untuk memimpin Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang dan untuk dipilih semula sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti berikut yang – dengan ini, masih menjadikan beliau Perdana Menteri .
Mahathir tidak tahu mengapa dia tidak berjaya menyingkirkan Najib. Dia cuba pelbagai perkara tetapi tiada suatu pun yang telah terbukti berjaya. Albert Einstein mengatakan gila apabila seseorang melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza. Dan ini adalah masalah dengan strategi Mahathir. Beliau hanya mempunyai satu isu untuk digunakan terhadap Najib, 1MDB, dan walaupun itu tidak berjaya, Mahathir masih menggunakan isu yang sama – pada dasarnya melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.
Masalahnya ialah orang kadang kala ditipu oleh propaganda mereka sendiri. Ia seperti Nazi mengulangi berkali-kali bahawa mereka memenangi perang sehingga akhirnya mereka mula mempercayai propaganda mereka sendiri. Apabila mereka dikejutkan oleh realiti, ianya telah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur, bak kata orang Melayu.
Mahathir tidak sedar bahawa walaupun dia telah mencuba pelbagai cara tetapi semua perkara tersebut berkaitan dengan hanya satu isu, iaitu 1MDB. Sekurang-kurangnya ketika dia menyerang Abdullah Badawi, dia menggunakan banyak isu. Jadi, jika isu pertama tidak mampu menyabitkan Abdullah, masih ada isu kedua, ketiga, keempat, kelima, dan lain-lain, isu yang boleh mengaburi mata.
Mahathir hanya ada satu isu terhadap Najib, hanya 1MDB, dan jika 1MDB tidak boleh menjatuhkan Najib maka itu adalah jalan terakhir untuk Mahathir. Beliau mempunyai isu lain lagi untuk digunakan terhadap Najib melainkan jika dia membuang isu 1MDB dan beralih kepada kaedah yang lebih militan à la Arab Spring, seperti yang digunakan di negara-negara lain yang telah terbukti lebih berjaya dalam menggulingkan kerajaan.
1MDB sepatutnya menjadi “the golden bullet” yang akan menamatkan “hayat” Najib, namun kini ia telah bertukar menjadi sumpahan pada Mahathir. Mustahil bagi Mahathir untuk memadamkannya kerana dia telah bertindak terlalu jauh dan tidak lagi boleh berpatah balik. Mahathir terpaksa menjayakan isu 1MDB dan jika tidak “he cannot pull out a new rabbit from his hat.”
Tetapi mengapa Mahathir hanya fokus kepada 1MDB? Ketika Mahathir bertindak ke atas Abdullah, dia menggunakan banyak isu terhadap Perdana Menteri. Mengapa Mahathir tidak boleh menggunakan isu-isu lain sebagai sandaran sekiranya isu 1MDB tidak mampu mengaburi mata? Ini adalah kerana Mahathir tidak mempunyai sebarang isu-isu lain untuk digunakan terhadap Najib. Beliau hanya mempunyai 1MDB. Malah sebahagian daripada dakwaan tentang 1MDB adalah rekaan dan tidak benar.
Sebagai contoh, Mahathir berkata RM42-50 bilion wang 1MDB telah hilang dicuri oleh Najib. Kecuali Mahathir boleh membuktikan bahawa RM42-50 bilion wang 1MDB telah hilang dicuri oleh Najib, kini Mahathir menjerut leher sendiri.
Mahathir menghadapi tiga permasalahan. Malah, kami telah menulis mengenai beberapa ini dalam artikel-artikel sebelumnya:
How Mahathir used Bank Negara to sabotage 1MDB
Mahathir finally met his match in Najib
Mahathir needs to create the perception of winning
How 1MDB was sabotaged
Tiga hari lalu, Haris Che Mat mendedahkan rancangan untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri telah dimulakan tiga tahun yang lalu iaitu pada tahun 2013. Pada asasnya, ia adalah pelan fast track: daripada tiada apa-apa kepada PM. Walau bagaimanapun, mula-mula Mukhriz perlu memenangi salah satu daripada jawatan tiga naib presiden ‘Umno kerana sebagai orang luar ia akan menjadi mustahil untuk beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri apatah lagi Perdana Menteri.
Apabila Mukhriz gagal untuk memenangi salah satu daripada jawatan tiga naib presiden Umno mereka menyalahkan Najib. Jika Najib telah mengarahkan sepupunya, Hishammuddin Hussein agar tidak bertanding maka Mukhriz akan menang tempat ketiga dan bukannya keempat. Oleh kerana dosa tersebut, Najib perlu disingkirkan.
Satu-satunya cara untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri, mula-mula PM perlu melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan jika Najib tidak berbuat demikian maka dia perlu digantikan dengan Perdana Menteri proksi yang akan melakukan apa sahaja yang Mahathir mahu. Mahathir, sebenarnya, mengatakan bahawa Najib tidak mendengar arahan beliau. Oleh sebab itu, jelas Mahathir, beliau tidak mempunyai pilihan selain menyerang Perdana Menteri.
Pada 12 September 2014, Reuters melaporkan:
Syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menangguhkan lebih daripada $ 3 bilion IPO lebih lama daripada yang dijangkakan proses due-deligence dan rundingan penstrukturan semula 5.5 bilion ringgit ($ 1.7 bilion) pinjaman, menurut beberapa pihak.
IPO yang dijadual dilancarkan pada suku keempat tahun ini, kini mungkin berlaku dalam bulan pertama 2015, menurut sumber yang enggan namanya disiarkan kerana perkara itu dirahsiakan.
Kemudian Arul Kanda menerangkan seperti berikut:
“Kegagalan penyenaraian aset tenaga (1MDB) tenaga 1Malaysia Development Bhd pada tahun lepas (2014) adalah penyumbang utama kepada masalah kewangan firma tersebut. 1MDB mempunyai dua tarikh yang disasarkan untuk menyenaraikan aset, yang kini ditahan di bawah unit kuasa Edra Tenaga Global Bhd.
Tarikh pertama pada November 2013 dan tarikh kedua pula pada bulan November tahun lepas (2014). Dalam kedua-dua keadaan, atas pelbagai sebab termasuk faktor-faktor dalaman dan luaran, tawaran awam permulaan (IPO) tidak berlaku.
Apabila IPO gagal menjadi kenyataan, ketidakpadanan timbul antara caj faedah yang perlu dibayar balik dalam jangka masa pendek dan juga bayaran pokok, Arul menjelaskan. Itulah jawapan saya mengapa 1MDB menghadapi kesukaran dan cabaran yang kita lalui hari ini. “
Itu adalah torpedo pertama yang Mahathir lancarkan dan dia menggunakan Bank Negara. Kemudian Mahathir arahkan Bank Negara agar menyekat semua pinjaman kepada 1MDB, ini menambah masalah 1MDB. Dengan begitu banyak serangan terhadap 1MDB, maka ia akan menjadi hampir mustahil untuk mereka terus hidup.
Sekarang semuanya sudah didedahkan dan semua orang tahu bahawa masalah 1MDB adalah perbuatan sabotaj dan Mahathir adalah dalang di sebalik sabotaj ini. Itulah masalah Mahathir nombor satu. Beliau tidak lagi berpura-pura bahawa dia tahu sangat sedikit selain daripada apa yang telah diberitahu. Bukan sahaja Mahathir tahu banyak, sebenarnya masalah 1MDB akibat dari perbuatan beliau.
Masalah kedua Mahathir adalah anaknya, Mokhzani, mungkin dipenjarakan atas kesalahan “insider trading”. Bekas rakan kongsi Mokhzani, Yeow Kheng Chew, bekas pembantu peribadinya, Paulene Chee Yuet Fang, dan bekas remisier, Tan Yee Chee, semuanya telah ditangkap dan didakwa dan sedang menunggu perbicaraan. Kini hanya menunggu masa sebelum Mokhzani menghadapi nasib yang sama.
Masalah ketiga ialah pada pilihan raya umum akan datang Muhyiddin Yassin akan kehilangan kerusi Parlimen Pagoh manakala Mukhriz akan kehilangan kerusi DUN Ayer Hitam. Walaupun Mukhriz kembali kepada kerusi lamanya Parlimen Jerlun, dia masih akan kalah.
Parti-parti tersebut sedang berbincang dengan DAP kemungkinan Muhyiddin bertanding di Muar atau Gelang Patah dan Mukhriz bertanding di PJ Utara atau Puchong. Kerusi ini dianggap kerusi selamat majoriti Cina DAP. Tetapi ini bermakna kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz mesti ‘lari’ jika mereka mahu selamat dan ini akan menjadi kehilangan kredibiliti kedua-dua mereka.
Suka atau tidak, Muhyiddin dan Mukhriz mesti mempertahankan kerusi mereka. Dan kerana Pribumi adalah parti Melayu mereka mesti bertanding di kerusi Melayu. Jika mereka lari ke tempat Cina maka ia akan menjadi satu tamparan yang hebat kepada Pribumi. Apa jenis parti Melayu Pribumi ini, jika pemimpin tertinggi mereka tidak boleh menang di kerusi Melayu dan memerlukan undi Cina sebelum mereka boleh menang?
Mahathir kini hanya mempunyai dua pilihan. Dia sama ada boleh menjatuhkan Najib seperti bagaimana Tunku Abdul Rahman telah digulingkan, melalui huru-hara, atau dia boleh menyingkirkan Najib seperti Abdullah dijatuhkan, melalui pilihan raya umum.
Selepas huru hara tahun 1969, Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970 dan selepas bencana Pilihan Raya Umum 2008, Abdullah meletak jawatan pada 2009. Jadi, jika anda mahu Najib digulingkan sekarang maka ia mesti melalui huru-hara kerana jika anda menunggu sehingga pilihan raya umum 2018 maka ia akan menjadi tiga tahun dari sekarang atau pada 2019 sebelum Najib boleh diminta untuk meletakkan jawatan.
Anda menganggap pilihan raya umum 2018 akan menjadi bencana. Bagaimana jika prestasi Barisan Nasional dan Umno meningkat seperti yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan pilihan raya kecil berganda di Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Daripada memaksa peletakan jawatan Najib beliau sebenarnya, menjadi lebih kuat. Dan masa sudah pasti tidak menyebelahi Mahathir maka dia tidak mempunyai selain bertindak pantas untuk menyingkirkan Najib sekarang.
Jadi dengan harapan prestasi Umno dan Barisan Nasional makin teruk pada pilihan raya umum 2018 supaya Najib boleh diminta untuk meletakkan jawatan pada 2019 adalah melampau. Ia mesti berlaku sekarang. Dan satu-satunya cara adalah melalui huru-hara atau seperti Malaysia Spring. Sebenarnya tiada alternatif lain dan Mahathir tahu ini.
Ramai orang tahu perkara ini. Jika Mahathir menunggu sehingga 2018-2019 dan meletakkan keseluruhan strategi di atas harapan bahawa Umno dan Barisan Nasional akan terjejas pada pilihan raya umum akan datang dan ini boleh menjadi kelebihan untuk menggulingkan Najib maka ia seperti ” a pie in the sky”. Pada masa itu Mokhzani akan berada dalam penjara dan Mukhriz serta Muhyiddin akan kehilangan kerusi mereka – kecuali mereka melarikan diri dan berlindung di kerusi DAP majoriti Cina. Apa pun caranya mereka Cara sama ada mereka “dead meat.”Dan Mahathir juga tidak pasti samada dia masih mempunyai masa tiga tahun.
Dan ini menimbulkan masalah keempat untuk Mahathir. Jika huru-hara meletus maka semua jari akan menunding kepadanya. Mahathir tidak lagi boleh membaling batu dan menyembunyikan tangannya. Tangannya akan menjadi sangat kotor dan jika walaupun hanya satu nyawa hilang maka semuanya berakhir bagi Mahathir. Potret Mahathir tidak lagi tergantung di dewan kemasyhuran tetapi akan duduk di sebelah Marcos dan Suharto dalam galeri penyangak.
Dan bagi Mahathir, takdir tersebut lebih teruk dari kematian, sesuatu yang tidak mungkin dapat diterima oleh egonya.
Mahathir berharap Bersih 5.0 akan menjadi penyelesaian akhir. Tetapi “penyelesaian” itu bermaksud pertumpahan darah dari segi politik, sebenarnya ia satu masalah bukannya penyelesaian. Jika Mahathir menggunakan Bersih 5.0 dan berharap pilihan jalan raya adalah lebih baik daripada pilihan raya, Mahathir akan mendapati bahawa dia hanya menggali kubur sendiri. Pada tahun 1969 Mahathir menyalahkan Tunku atas huru-hara yang berlaku. Kali ini Mahathir tidak boleh menyalahkan Najib kerana apa sahaja kekacauan yang meletus, kesalahan atas bahu Mahathir.
– Malaysia Today

Sobat baru saja selesai membaca :
Mahathir Dengan Pelbagai Masalah
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mahathir Dengan Pelbagai Masalah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mahathir Dengan Pelbagai Masalah link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/08/mahathir-dengan-pelbagai-masalah.html