Judul : Aleppo: Video Anak Kecil Berlumuran Darah...
link : Aleppo: Video Anak Kecil Berlumuran Darah...
Aleppo: Video Anak Kecil Berlumuran Darah...
Video seorang anak kecil berlumuran darah dan diselaputi debu selepas diselamatkan dalam satu serangan udara di bandar Aleppo, Syria mencetuskan kesedihan dan kemarahan di media sosial sejak semalam.
Kanak-kanak lelaki itu, yang dikenal pasti oleh doktor sebagai Omran Daqneesh berusia lima tahun, kelihatan bingung dan terkejut sambil dilihat mengelap darah di kepalanya, seolah-olah tidak menyedari kecederaan dialaminya.
Pengguna Twitter Charlene Deveraturda @malasadasbooks memuatnaik imej kanak-kanak itu dan menulis:
"Kasihan anak. Hampir sebaya cucu saya. Saya tidak boleh bayangkan. Imej ini tak dapat hilang dari fikiran saya. #syrianboy #Syria #peace"
Hashtag #Syrianboy di Twitter menjadi topik trending di Amerika Syarikat dan Britain dengan lebih 10 tweet disiarkan setiap minit dengan hashtag itu, menurut penganalisis media sosial, Zoomph.
Reuters melaporkan, banyak pihak mengaitkan imej kanak-kanak itu dengan gambar Aylan Kurdi, seorang kanak-kanak Syria yang mayatnya ditemui di sebuah pantai di Turki tahun lepas.
Video Omran dan kanak-kanak lain yang ditarik dari runtuhan itu menyebabkan kekecewaan meluas dan kutukan terhadap perang saudara yang berusia lima tahun di Syria.
Pengguna Twitter Malcolmite (@Malcolmite) menulis: "Ia tidak penting jika ia viral, apa yang penting ialah apa yang akan dilakukan mengenainya #syrianboy?"
Sara Assaf (@SaraAssaf) pula berkata: "Jadi, jika budak kecil yang diganasi ini bertukar menjadi pengganas satu hari ... Siapa yang patut dipersalahkan #SyrianBoy #Aleppo #Injustice?".
Aleppo berpecah kepada dua kawasan yang dikuasai kerajaan dan kumpulan pemberontak, menjadi tumpuan peperangan di Syria.
Kawasan pemberontak mengalami serangan udara yang hebat oleh tentera prokerajaan yang cuba merebut kembali wilayah berkenaan di barat daya Aleppo, selepas mengalami kekalahan dua minggu lalu.
Video itu dirakam pada hari Rabu di kawasan dikuasai pemberontak al-Qaterji, menunjukkan seorang pekerja bantuan membawa budak kecil keluar daripada bangunan itu dan menempatkannya di dalam ambulan.
Budak lelaki itu dilihat duduk bersendirian dengan rasa terkejut, sebelum dua kanak-kanak lagi dibawa masuk dalam ambulans yang sama dan kemudian disertai seorang lelaki yang turut berlumuran darah.
Jurugambar bebas yang berpusat di Aleppo, Mohammed Raslan Abu Sheikh, yang berada di tempat kejadian berkata penyelamat dan pekerja bantuan gembira kerana Omran yang ditarik daripada runtuhan ditemui masih hidup bersama anggota keluarganya yang lain.
"Dia berada dalam keadaan terkejut, tidak menangis, dia membuat kita menangis dan beliau hanya berdiam diri, hanya melihat kami," kata Mohammed Raslan kepada Reuters.
Menurut laporan, doktor berkata Omran dirawat bagi kecederaan kepala dan kemudian dibenarkan keluar, manakala anggota keluarganya tidak mengalami kecederaan serius.
Tahun lepas, simpati antarabangsa mencurah terhadap mangsa perang Syria dengan gambar pelarian berusia tiga tahun, Aylan Kurdi terdampar lemas di pantai Turki menjadi viral.
Aylan meninggal dunia ketika bot dinaiki bersama keluarga dan pelarian lain karam.

Aakj: Maaf video tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal
sumber
Sobat baru saja selesai membaca :
Aleppo: Video Anak Kecil Berlumuran Darah...
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Aleppo: Video Anak Kecil Berlumuran Darah... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Aleppo: Video Anak Kecil Berlumuran Darah... link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/08/aleppo-video-anak-kecil-berlumuran-darah.html