JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid?

JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid?
link : JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid?

Baca juga


JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid?


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah Presiden UMNO, beliau berdepan 47 tuduhan, membabitkan 12 kes pecah amanah, 27 kes pengubahan wang haram dan lapan kes rasuah.

Ahmad Zahid didakwa pecah amanah terhadap RM31 juta dana Yayasan Akalbudi, menerima rasuah sejumlah RM21.25 juta, dan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM65 juta, dan dengan wang itu turut membeli dua unit banglo bernilai RM5.9 juta.

Setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 38 saksi untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, dalam perbicaraan yang masuk hari ke-18.

Pasukan pendakwaan diketuai Raja Rozela Raja Toran, bersama Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Lee Keng Fatt, Gan Peng Kun, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Mohd Afif Ali.

Pasukan pembelaan pula diketuai Hisyam Teh Poh Teik bersama Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh, Rosal Azimin Ahmad, Haziq Dhiyauddin Razali dan Aiman Abdul Rahman.

Hari ini Pasukan Pembelaan Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memohon perbicaraan ditangguhkan hari ini bagi memberi ruang kepada Zahid berbincang dengan perdana menteri, Muhyiddin Yassin untuk urusan pembentukan kabinet baru.

Menurut peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik, anak guamnya itu “diperlukan” untuk perbincangan bersama perdana menteri.

“Tertuduh akan (terlibat) dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan kabinet hari ini. Jadi, kami meminta mahkamah membenarkan penangguhan untuk prosiding hari ini.

“Kehadirannya diperlukan [...],” katanya.

Itu apa yang Malaysiakini laporkan pagi tadi.. sebelah petangnya pula.. PMO menafikan Muhyiddin nak menemui mana-mana pemimpin parti..

Beberapa jam selepas perbicaraan ditangguhkan kerana tertuduh - Dr Ahmad Zahid Hamidi - didakwa diperlukan untuk perbincangan mengenai kabinet, Jabatan Perdana Menteri tampil membuat kenyataan yang mengejutkan. 
Dalam kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, JPM memberitahu pada hari ini Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin politik. 
"Pada hari ini perdana menteri dijadualkan bertemu dengan ketua setiausaha negara dan ketua-ketua jabatan/agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan. 
"Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini," kata kenyataan tersebut.
Ia turut dikongsi di Facebook Muhyiddin. 

Laporan penuh sila baca di SINI

Ha.. Ha.. Ha.. Zahid nak jumpa siapa sebenarnya ni?


Sobat baru saja selesai membaca :

JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2020/03/jpm-nafi-muhyiddin-nak-temui-zahid.html

Subscribe to receive free email updates: