Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS..

Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS..
link : Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS..

Baca juga


Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS..


Semalam,Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, menjelaskan bahawa blok pembangkang yang terdiri daripada BN, PAS serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PRBS) mahu parlimen dibubarkan. 

Mereka juga menarik semula akuan bersumpah (SD) yang menyokong Dr Mahathir jika beliau membentuk gabungan baru.

Jelasnya, itu merupakan pendirian yang disampaikan semua ahli Parlimen BN dan PAS ketika mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi.

“Pendirian kita adalah dalam situasi ini, mandat harus dikembalikan kepada rakyat.

“Kita memohon supaya parlimen dibubarkan, biarlah rakyat yang menentukan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan tindakan Dr Mahathir untuk membentuk kerajaan perpaduan tidak mencerminkan demokrasi berparlimen yang diterapkan Malaysia kerana lantikan menteri berdasarkan kapasiti individu, bukan parti.

“[...] cadangan kerajaan perpaduan yang hendak dibentuk dengan Tun (Dr Mahathir) dipilih secara individu dan bukan parti.

“Maka ia bercanggah dengan pendirian parti kami maka dengan itu (ahli parlimen) yang menghadap tadi untuk tak timbul isu, terpaksa kita tarik balik SD yang dipersempahkan Agong untuk beri sokongan kepada Tun (Dr Mahathir) dan meminta agar dibubarkan parlimen.

Hmmm... persoalannya kenapa nak minta Parlimen dibubarkan pulak sedangkan pada awalnya semasa menyerahkan SD kepada Agong tak berbunyipun soal serah kembali kuasa kepada rakyat?

Secara tidak langsung ini Ia adalah pengesahan yang mereka telah menyedari bahawa rancangan rampasan kuasa mereka telah gagal.

Namun, pemikiran keinginan para desperados ini masih belum berkubur. Mereka tidak sedar mereka tidak mempunyai hak sebagai parti minoriti untuk memberitahu istana supaya membubarkan parlimen dan menyebabkan lebih banyak huru-hara apabila kerajaan majoriti telah bangkit di belakang perdana menteri.

Kesilapan mereka adalah percaya bahawa Azmin Ali boleh membawa Mahathir kepada kumpulan mereka dan ternyata ianya gagal..

Baca apa kata hakim bersara ni..

PETALING JAYA: Tiada sesiapa pun boleh mengenakan syarat terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam memutuskan siapa yang mengawal majoriti di Dewan Rakyat, kata hakim bersara Gopal Sri Ram, ketika Umno meminta Dr Mahathir Mohamad menerima kesemua ahli Parlimennya dalam membentuk kerajaan baru. 
Beliau berkata Agong boleh menentukan siapa yang mempunyai majoriti dan menjadi perdana menteri, dan tiada sesiapa boleh menentukan Agong dan perdana menteri tentang bagaimana Kabinet harus diwujudkan. 
Namun Sri Ram berkata apabila ia mendapat undi di Dewan Rakyat, setiap ahli Parlimen berhak mengundi mengikut suara hatinya. 
Sri Ram berkata terdapat beberapa ahli politik yang berdepan tuduhan jenayah yang serius dan ia memberi manfaat kepada mereka untuk mengubah situasi di mana terdapat kemungkinan yang kuat bahawa pendakwaan yang sedang berlangsung akan dihentikan. 
“Saya percaya ini tidak akan berlaku di bawah Mahathir kerana dia seorang individu yang mengamalkan kedaulatan undang-undang,” katanya, sambil menambah ahli Parlimen yang tidak terlibat dalam kes jenayah yang serius harus menggunakan minda mereka demi kepentingan negara. 
Bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, bekas rakan sejawatnya, Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahmad Maslan, serta Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan Adun Kinabatangan Bung Mokhtar Radin sedang berdepan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. 
Sri Ram diberikan lesen khas untuk mendakwa Najib dalam 2 kes yang dikaitkan dengan 1MDB yang kini sedang dijalankan. 
Sementara itu, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar berkata mana-mana ahli Parlimen pembangkang boleh memulakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika mereka tidak berpuas hati dengan pembentukan Kabinet. 
“Sekiranya undi itu berjaya, Kabinet juga tumbang. Kemudian Agong mempunyai pilihan untuk menggesa pilihan raya umum atau memilih MP lain sebagai perdana menteri,” tambahnya.

Laporan penuh silalah baca di SINI


Sobat baru saja selesai membaca :

Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2020/02/agong-putuskan-kemudian-pm-bukannya.html

Subscribe to receive free email updates: