Dua ADUN Melaka Ditahan Polis

Dua ADUN Melaka Ditahan Polis - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Dua ADUN Melaka Ditahan Polis, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Dua ADUN Melaka Ditahan Polis
link : Dua ADUN Melaka Ditahan Polis

Baca juga


Dua ADUN Melaka Ditahan Polis


DUA ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing di Seremban dan Melaka, ditahan polis, hari ini.

Bagaimanapun, media belum mendapat maklumat terperinci berhubung penahanan kedua-dua individu berkenaan.

Di Seremban, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran ditahan sepasukan polis dari Bukit Aman, di rumahnya di Kampung Baru Rahang, pagi tadi.

Pada serbuan kira-kira 10 pagi itu, polis turut melakukan penggeledahan di kediaman berkenaan.

Selain itu, polis turut melakukan pemeriksaan di pejabat individu itu di Taman Seremban Jaya.

P Minnal Veeran, adik kepada Gunasekaran, yang berada di rumah ketika ditahan mengesahkan tangkapan berkenaan.

“YB (Gunasekaran) dipercayai ditahan di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 20120,” katanya.

Sementara itu, seorang ADUN yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Melaka, ditahan pihak polis, di Melaka, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari dalam sidang media mesyuarat EXCO, di Seri Negeri, di Melaka.

“Ada maklumat seorang EXCO ditahan pihak polis Bukit Aman. Secara dasar kerajaan negeri akan berurusan dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat punca beliau ditahan.

“Saya yakin, Yang Berhormat (EXCO berkenaan) akan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Adly tidak dapat menjelaskan punca EXCO berkenaan ditahan.

Menurut sumber, dipercayai ADUN DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabat beliau sendiri, kira-kira 8.45 pagi tadi di Seri Negeri.

Beliau dipercayai ditahan kerana terbabit memperingati upacara perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) lapor Harian Metro



Sobat baru saja selesai membaca :

Dua ADUN Melaka Ditahan Polis

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dua ADUN Melaka Ditahan Polis dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Dua ADUN Melaka Ditahan Polis link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/10/dua-adun-melaka-ditahan-polis.html

Subscribe to receive free email updates: