7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA

7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA
link : 7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA

Baca juga


7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA


Polis hari ini berkata tujuh individu termasuk dua Adun DAP ditahan hari ini kerana ada pihak dari luar cuba mengaktifkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia, selepas kumpulan pengganas itu terkubur susulan kematian pengasasnya dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka 10 tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua Adun DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan itu bersama lima suspek lain berada dalam pemantauan polis sejak Nov lalu.

Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis Bukit Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan bermula pukul 9 pagi ini.

Kesemua suspek ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari.

“Ada pihak-pihak tertentu dari luar cuba mengaktifkan LTTE di negara ini. Kami ambil tindakan untuk tangkap kerana kami tidak mahu biarkan mereka berkembang,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan seramai 25 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan LTTE di negara ini sejak 2009.

Terdahulu, FMT melaporkan Exco Melaka yang juga Adun Gadek, G Saminathan serta Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren ditahan polis bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak pagi tadi kerana dipercayai ada hubungan dengan LTTE.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dilaporkan berkata, tiga lelaki itu ditahan berhubung sambutan majlis “Hari Pahlawan” yang mereka hadiri tahun lalu.

Difahamkan, mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

LTTE yang diketuai V Prabhakaran melancarkan pemberontakan untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara Sri Lanka, apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat minoriti Tamil.

Kempen keganasan LTTE mendapat sokongan moral dan pembiayaan pelbagai pihak, termasuk diaspora Tamil yang bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu.

LTTE yang dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia lapor FMT


Sobat baru saja selesai membaca :

7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/10/7-termasuk-2-adun-dap-ditahan-di-bawah.html

Subscribe to receive free email updates: