Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz

Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz
link : Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz

Baca juga


Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz


Rakyat seharusnya memberikan ruang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), pimpinan Dr Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya lima tahun untuk membuktikan kebolehan membawa perubahan, kata Rafidah Aziz.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, masih terlalu awal untuk rakyat melakukan penilaian terhadap pentadbiran PH memandangkan masih banyak perkara yang perlu dibaik pulih.

“Semuanya di tangan kita, jangan buat ugutan bahawa jika kerajaan tidak buat sebarang perubahan, maka akan ubah kerajaan, berkuasanya anda.

“Anda ingat senang mentadbir seperti mana tukar baju sahaja. Tolonglah, berikanlah masa lima tahun, jika selepas lima tahun tidak ada sebarang perubahan yang dilihat, anda berhak buat perubahan.

“Tetapi kerajaan ini tidak sampai dua tahun. Ia tidak adil, anda berikan tempoh lima tahun tetapi hanya lihat kad laporan sepanjang dua tahun sahaja. Adakah itu adil,” kata beliau dalam program “Get Up Close and Personal With Rafidah Aziz” di sini, malam tadi.

Menurut Rafidah, pada ketika Putrajaya merangka dasar lebih baik untuk rakyat, mereka juga seharusnya mengamalkan nilai murni dan menolak amalan politik yang dilihat boleh meruntuhkan perpaduan.

“Tolonglah tolak mana-mana amalan eksremisme atau amalan politik yang berunsur bangsa dan agama, jika tidak menolaknya, maka negara akan menderita.

“Terlalu ramai gunakan agama sebagai gadaian politik sehingga mereka tidak melihat realiti yang berlaku. Tidak ada sebab untuk kita berpecah hanya kerana sebab agama,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Rafidah berkata situasi berlaku pada hari ini sebagai perkara “gila” memandangkan ketika zaman remajanya, beliau tidak menilai individu berdasarkan bangsa atau agama seseorang, sebaliknya bersahabat dengan semua individu.

“Kenapalah kita tidak boleh kembalikan perpaduan dahulu kepada masyarakat hari ini, khususnya golongan muda. Sistem nilai kita benar-benar sudah berubah,” katanya.

Rafidah yang juga Pengerusi AirAsia X Berhad berkata, bangsa dan agama tidak seharusnya dieksploitasi dan digunakan secara meluas dalam pentas politik demi memenuhi agenda politik dan matlamat peribadi.

“Tidak seharusnya ia (isu agama dan bangsa) dibenarkan untuk membuatkan kita berpisah dan berpuak-puak,” katanya.

Katanya lagi, Malaysia memerlukan pemimpin mengutamakan kepentingan negara dan rakyat berbanding keutamaannya sendiri.

“Masalah kita berpunca dengan terlalu ramai yang mengetuai dan tidak lakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan, ia termasuk mereka yang mahu menjadi pemimpin.

“Pemimpin seharusnya mereka yang dipilih rakyat kerana mempunyai kualiti sebagai pemimpin, bukannya memaksa supaya diberikan kekosongan. Saya tidak ada cita-cita politik pada ketika ini.

“Tetapi saya hanya mahu ingatkan supaya tidak berebut untuk menjadi pemimpin. Bukan semua orang perlu memandu, ada yang boleh membantu di sebelah,” katanya, namun tidak menamakan mana-mana individu lapor Free Malaysia Today



Sobat baru saja selesai membaca :

Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Beri PH 5 Tahun Lakukan Perubahan.. Jika Tiada, Tukar Kerajaan..- Rafidah Aziz link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/10/beri-ph-5-tahun-lakukan-perubahan-jika.html

Subscribe to receive free email updates: