PAS Minta UMNO Bertaubat?

PAS Minta UMNO Bertaubat? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: PAS Minta UMNO Bertaubat?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : PAS Minta UMNO Bertaubat?
link : PAS Minta UMNO Bertaubat?

Baca juga


PAS Minta UMNO Bertaubat?


“Taawun” atau tolong-menolong dalam perkara yang baik, antara PAS dan Umno menjadi fokus pada Muktamar Dewan Ulama PAS ke-58 apabila para perwakilan negeri menggesa kepimpinan parti itu berhati-hati dan berwaspada dengan kerjasama itu.

Pada muktamar yang berlangsung di Wisma Belia di sini, perwakilan Terengganu Jamaluddin Jusoh berpendapat PAS perlu memastikan Umno ikhlas dalam perjuangan dan bukannya mendampingi parti itu kerana terdesak.

“Kami tidak mahu, sekiranya kita mencapai kemenangan kelak, kami akan ditendang kembali seperti dahulu,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS.

Wakil Kelantan Ishak Hassan mahu kepimpinan mengambil iktibar terhadap apa yang telah dilakukan Barisan Nasional (BN) dan Umno di Kelantan termasuk tidak menyalurkan peruntukan serta royalti minyak.

“Kita mesti minta Umno bertaubat untuk tidak lagi menekan PAS seperti dahulu, ajak Umno pusing satu Malaysia dan kata dia (Umno) bertaubat,” katanya.

Perwakilan Pulau Pinang Mohd Zakaria Hamzah juga menyatakan PAS perlu berwaspada dalam taawun itu serta mengambil langkah mengetuai kerjasama itu supaya tidak diambil kesempatan oleh anggota Umno.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed ketika berucap pada muktamar tahunan Dewan Ulama pada sebelah pagi menyentuh isu taawun parti itu bersama Umno.

Sementara itu, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang diumum Ketua Dewan Ulama PAS yang baharu selepas menang tanpa bertanding menggantikan Mahfodz, ketika menggulung perbahasan menyifatkan suara perwakilan yang meminta berwaspada dalam taawun itu adalah kerana sayangkan parti.

Sementara itu, Dewan Ulama PAS meluluskan sebulat suara usul antaranya untuk diwujudkan satu garis panduan terperinci berkaitan taawun bagi dijadikan rujukan seragam untuk dilaksanakan di semua peringkat parti.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin diumum menang tanpa bertanding untuk mengetuai sayap itu bagi sesi 2019-2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Dr Mohd Fuad Mohd Salleh mengumumkan Khairil Nizam menggantikan Muhammad Khalil Abdul Hadi yang tidak mempertahankan jawatan selepas mengetuainya sejak 2017 lapor The Malay Mail


Sobat baru saja selesai membaca :

PAS Minta UMNO Bertaubat?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PAS Minta UMNO Bertaubat? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: PAS Minta UMNO Bertaubat? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/06/pas-minta-umno-bertaubat.html

Subscribe to receive free email updates: