Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis

Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis
link : Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis

Baca juga


Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis


Ketua Pemuda PKR Wilayah Persekutuan Na'im Brundage hari ini membuat laporan polis terhadap satu akaun Twitter yang menuduh Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai dalang video seks yang mengaitkan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Dalam kenyataan media, beliau berkata ciapan daripada akaun Twitter 'PecatFaekah' berkenaan perkara itu pertama kali dikesan pada 12 Jun lalu, tidak lama setelah video tersebut tular. 

Beliau juga memberikan beberapa contoh ciapan dengan salah satunya mendakwa Anwar - yang dua kali berdepan dakwaan liwat - menggunakan taktik sama yang dikenakan terhadapnya.

Anwar sentiasa menafikan dakwaan itu - pertama kali oleh Dr Mahathir Mohamad ketika pertama kali menjadi perdana menteri dan kedua oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Selepas PRU ke-14, Anwar diberi pengampunan diraja setelah tiga tahun menjalani hukuman penjara.

Sementara itu, ada juga ciapan akaun itu yang mendakwa Anwar marah terhadap Azmin yang setia kepada kepimpinan Dr Mahathir serta lantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika berada dalam PKR, Latheefa dilihat sebagai individu yang berpihak kepada Azmin dan dikenali sebagai kritikal terhadap pandangan Anwar. Beliau keluar parti apabila dilantik mengetuai SPRM.

Na'im berkata beliau turut menamakan beberapa individu, yang dipercayainya sebagai pihak di belakang akaun Twitter itu, dalam laporannya.

"Tujuan laporan polis ini dibuat untuk menyeru polis menjalankan siasatan segera terhadap pengendali-pengendali akaun twitter yang telah banyak menabur fitnah dan tuduhan jahat terhadap Anwar Ibrahim menggunakan akaun twitter ini.

"Siasatan ini harus dilaksanakan segera untuk mendedahkan dalang di sebalik konspirasi untuk memburukkan nama Anwar dan memecahbelahkan perpaduan antara pimpinan tertinggi PKR," katanya lagi.

Azmin menyifatkan video seks itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Beliau juga berkata yakin ia daripada pihak dalaman parti.

Anwar menafikan penglibatan dalam perkara itu yang kini dalam siasatan polis.



Sobat baru saja selesai membaca :

Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Akaun Twitter Tuduh Anwar Dalang Video Seks Dilapor Polis link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/06/akaun-twitter-tuduh-anwar-dalang-video.html

Subscribe to receive free email updates: